Hi Assalamualaikum....
|
Salam Ramadhan :) |
sekarang ni tengah musim final exam. obviously semua orang akan pulun habis-habisan. siapa je nak fail, extend and stuff...
nak cerita exam kat mana-mana pun susah je. kat Malaysia susah, kat oversea pun susah. tapi sebab aku tak buat degree kat Malaysia, aku tak boleh nak bandingkan siapakah menjuarai kesusahan kepayahan sesebuah subjek itu dalam exam.
jadinya, post kali ni menceritakan tentang suasana menghadapi exam di UQ. entahlah nak oi. UQ usually exam ada 4 papers je. kecuali kalau orang tu ambil lebih daripada itu. tapi 4 papers dia, kalah aku ambil 8 papers masa buat diploma dulu. aku tak tahu apa yang susah sangat tapi serious susah.
UQ top 50 untuk QS punya ranking. Jadi boleh bayang lah dalam beratus-ratus university dalam dunia ni, dia nombor 50. dan benda paling sakit setiap soalan exam dia, akan jadi sangat berbeza dengan final-final lain which is harder. like the hardest question will come out. sampai kita jadi orang paling bodoh dalam exam hall sebab tak tahu nak apply konsep apa. soalan dia pelik, tricky, jawab lah more than 5 past year exam pun, aku still tak boleh jawab final aku. susah. susah yang tahap tak boleh nak mencarut sebab takda perkataan pun boleh ganti segala carutan yang ada di dunia ni.
aku harap bantuan daripada Allah je sekarang ni. Ya Allah tolong hanani dan rakan-rakan. kami nak lulus. tak minta lebih pun. tak nak mak ayah sedih dengan berita kegagalan. berilah kejayaan. Amin.
btw, exam tadi MATH1052. Calculus. subjek ni aku dah pernah failed. so biasanya kalau dah pernah failed, kita dah ambil banyakk semester, semua orang akan expect kita boleh jawab dan mahir (including me). Tapi unfortunately, lepas habis exam tadi terus nangis sebab rasa macam aku tak tahu aku jawab apa. aku nak lulus. tolongin :(
kalau ye lah UQ nak naikkan ranking, agak-agak lah soalan pun. beragak sikit lah soalan pun :(
p/s: sesiapa nak tengok contoh past year UQ, in case you guys nak compare tahap exam kat sini dengan Malaysia, pm tepi okay? tapi korang kena set yang soalan exam yang aku lalui semester ni dia punya susah dalam 3 kali ganda daripada sebelum ni.
hai hai assalamualaikum!
I am so excited to share my Korea trip to you guys actually tapi syaitan ni kuat sangat menghasut suruh jadi malas nak tulis blog :p .
Januari yang lepas aku, Sam, Ati ke Korea sempena cuti Summer break kami yang panjang giler. Aina tak join sebab she cannot leave her family hahah plus masa tu dia macam ada rancangan lain dengan family dia. InshaAllah kalau ada peluang lagi next trip, kita boleh pergi sama-sama!
Kami ke sana pada 9 Januari 2017-13 Januari 2017 yang sebenarnya sangat sekejap :( tak puas dan seriously nak pergi lagi inshaAllah! **honeymoon maybe ;)
Tapi before share trip pergi Korea, aku nak share persediaan nak ke sana dulu.
P/s: $ stand for AUD sebab aku banyak pakai duit dalam AUD berbanding MYR. 1AUD = 3.30~3.35MYR
1) BELI TIKET FLIGHT (~$235 = RM800)
yang ni memang kalau nak pergi travel mana-mana pun tempat yang agak jauh, WAJIB beli tiket awal. macam kami, beli tiket memang agak awal. kami ke Korea bulan 1,2017, beli tiket pertengahan tahun 2016 dan masa tu air asia tengah buat promotion. Please sentiasa survey harga tiket flight sebab masa kiteorang nak beli tu, memang hari-hari survey. Jadi, bila kita survey hari-hari harga tiket, kita boleh nampak trend harga tiket tu. Tapi aku rasa kalau korang betul-betul pandai cari boleh je dapat yang lagi murah.
2) PAKAIAN & KELENGKAPAN LAIN
okay, memandangkan kiteorang pergi musim sejuk, memang kena betul-betul bersedia dari segi pakaian, Sebab kalau sejuk sangat, confirm tak tahan lepastu badan lemau nak jalan, cepat penat dan end up korang tak pergi jalan pun nanti. Masa tu memang dah survey awal-awal suhu kat sana which is between negative 5 kot ke belas-belas. tak ingat sangat lah tapi antara tu lah rasanya. tapi memang sejuk tahap bukak mulut keluar asap weyh berkepuk-kepuk asap. pembakaran berlaku di mulutku.
a) Thermal wear.
untuk thermal wear, kiteorang beli dekat Kathmandu masa tu tengah buat promotion ($30-$70 untuk dua helai). You guys boleh beli dekat Uniqlo juga tapi based on my experience pakai uniqlo punya thermal wear vs Kathmandu, Kathmandu is much much better. Im not sure berapa harga thermal wear dekat uniqlo malaysia sorry. Tapi make sure korang tanya staff which thermal wear is the most suitable for you. Explain yang korang nak pergi negara bersalji ke or whatever supaya they can help you to make decision. Dan thermal wear ni memang kene beli yang ketat-ketat supaya bila korang pakai, haba daripada badan korang tak cepat keluar daripada pakaian. oh ho beli jugak long johns okay. (macam thigh yang bawak pergi bersukan tapi yang ni memang jenis thermal wear).
|
Thermal wear ku sudah lusuh |
p/s: mungkin kalau pakai thermal wear uniqlo you guys kena pakai 2 layer.
b) Inner
bawak juga inner dan thigh biasa tu sebab memang kene pakai berlayer ye kalau mahu ke tempat sejuk weheee. biasanya pakai inner after pakai thermal wear and long johns. oh kalau macam nak lagi best, bawa lah bersama inner neck supaya kalau tak pakai muffler pun tak mengapa.
c) Knitted wear
Yang ni serious membantu. please bawak! aku pakai knitted wear ni after pakai tshirt.
|
cc: google image |
d) Bubble jacket
okay yang ni memang is a must (for me sebab tak suka sejuk sangat. stressful kot)! Aku beli dekat H&M dengan harga $30 = ~RM100 tu pun beli yang budak-budak punya je hahah.
|
this is my bubble jacket |
e) Glove
Aku pakai glove yang knitted juga from Kathmandu. yang warna biru yang mcam gambar kat atas tu. sebab pernah juga pakai glove daripada daiso tapi tak tahan weyh. macam tiada function. sama je macam tak pakai glove :(. Mungkin korang boleh beli glove dekat uniqlo juga kalau ada hihi.
f) Stoking
Okay stoking ni aku beli dekat daiso je. beli yang berbulu-bulu tu. lepastu pakai juga stoking biasa yang macam pakai dengan kasut sukan tu.
g) Kasut
Untuk pergi tempat yang sejuk begini, disarankan untuk pakai kasut yang macam boot tu. Aku pakai kasut beli yang biasa-biasa je ($10 = RM32) sebab dia tengah buat diskaun giler kentang. Tapi kasut tu muat-muat jadinya by the end of the day tu kaki memang sakit giler nak mati rasa macam nak putus jari kaki memburuk erghh =,='. Kenapa jadi begitu? Sebab kan pakai stoking banyak lapis, jadinya bila pakai kasut tu, kaki jadi macam sarung nangka dalam kasut. hahah. plus kaki aku macam kaki itik sikit dia tak runcing. jadinya kalau macam korang nak selesa mungkin boleh beli kasut yang lebih mahal dan beli yang agak-agak besar sikit tapi tak terlalu besar dan tak terlalu muat-muat.
Layering baju
1. Thermal wear
2. Inner biasa
3. Tshirt
4. Knitted wear
5. Bubble jacket.
Layering seluar
1. Long johns
2. Thigh biasa
3. Jeans
P/S: Aku memang jenis yang tak boleh kalau tak selesa jalan. Bagi aku, biar pakai banyak, asalkan bila jalan tak sejuk dan selesa untuk berjalan. Sebab tak membebankan pun pakai banyak-banyak. Dengan tips ini, maka memang tak sejuk langsung kat sana kecuali tangan je lah sebab nak bergambar kena lah keluarkan tangan daripada glove kan?
Tapi ada je orang yang jenis tak suka pakai banyak-banyak sebab dia rasa rimas. Terpulang pada diri masing-masing ;)
3) HAND and BODY WARMER
yang ni please beli dekat daiso kat Korea sebab hari tu kami bawa yang daripada Malaysia tak function langsung hahah. Dia macam tak panas langsung.
|
cc: google image |
4) MAKANAN
yang ni memang kena bawa daripada Malaysia. Bawa lah biskut, roti, maggie, jam roti, coffee/hot choc yang dalam cawan macam dekat 7E tu. Sebab musim sejuk memang cepat lapar. Balik bilik rehat-rehat cari makanan weyh.
|
Kita breakfast bubur segera je :p |
5) UBAT
bawa lah panadol dan minyak panas. Balik bilik lenguh-lenguh kaki boleh lah sapu minyak panas. Macam aku memang jenis yang sakit belakang, so kena bawa panadol extend. Tapi sebab kat sana kan sejuk, takut badan kita tak boleh nak get along dengan suhu, tetiba je rasa macam nak demam dan sakit kepala.
6) LOTION dan PELEMBAP MUKA
Aku dulu bawa yang NIVEA yang ada beli 1 set dekat Watson (dalam RM30 lebih). Kulit aku sangat sensitif. Bila musim sejuk tu gatal-gatal teruk sampai luka. Hari tu pergi Korea try bawa yang NIVEA ni. Alhamdulillah dia sangat menjadi. Langsung tak kering kulit, tak gatal-gatal. Pelembap muka pula aku pakai Hada Labo (Beli pack percubaan RM32). Memang betul-betul lembap lah muka. Takda kering-kering yang sampai merekah tu, Alhamdulillah juga.
|
Lip balm pun pakai yang Nivea punya |
7) CHARGER
Korea pakai charger kepala bulat dua tu. tapi bulat dia besauuu tau. Lebih kurang besar lubang hidung ye kikiki. Aku hari tu bawa kepala bulat juga, tapi bawa yang kecil. memang tak muat lah nak masuk kat plug tu. hampeh betul. Nasib baik ada power bank yang sangat perform. Pergi seminggu sehari 2 kali charge fon, power bank hebat aku masih mampu bertahan. Jadi, bawa lah power bank yang mampu menampung keperluan korang di sana.
|
cc: google image |
Yang selebihnya kelengkapan lain lah yang biasa bawa kalau nak pergi travel. Tuala, telekung, powerbank, travel pillow, toiletries dan yang korang rasa korang wajib bawa. Tapi, jangan lupa bawa shades dan mungkin penutup mulut sebab kadang-kadang bila angin segala bayu dia datang, sejuk tahap mata nak terkeluar, gigi nak mereput kot. hahah **over .
Botol air untuk ke tandas juga perlu ataupun mungkin lap pakai tisu je sudah menjadi kebiasaan kalian? ;p . kalau dah biasa tak payah bawa pun tidak mengapa dong. Tapi tandas dia memang tiada air yang mengalir kecuali sinki dan ada certain tandas yang ada kepala paip je. Pergi lah cari mana-mana batang paip untuk korang melepaskan hajat, tu pun kalau ada. so aku sarankan, bawa lah botol hikmat azimat berduri ini sebagai penyelamat. :)
|
aku beli dekat daiso |
8) WANG
sama macam nak beli tiket, kena selalu survey trend matawang MYR dan WON. bila MYR tengah naik cepat-cepat lah tukar. Kalau macam aku, total bajet ke Korea termasuk tiket flight, dalam RM2500 termasuk makan, beli souvenir dan entrance fee masuk tempat-tempat yang kena bayar lah. Tapi kena tengok juga korang nak pergi mana. Macam aku, RM2500 ni cukup untuk pergi tempat yang aku dah rancang nak pergi. Dan balik tu still ada lagi baki :)
9) ITINERARY
ha! sebelum pergi Korea, jangan main suka hati je nak redah pergi negara orang tanpa persediaan. rancang nak pergi mana, tengok entrance fee tempat yang nak masuk tu, bajet siap-siap sehari nak makan berapa won dan berapa kali, tengok juga harga naik public transport. kene google lah. planning kena baik punya supaya bila sampai sana tiada masalah yang kritikal yang akan dihadapi. unless korang ada oppa ataupun unnie yang akan bantu korang di sana, its okay. Pilih juga penginapan yang korang rasa sesuai untuk korang bermalam di sana. macam aku, tempat bermalam kiteorang takde lah dekat sangat dengan myeondong semua tu. tapi dia dekat dengan public transport. jadi senang lah nak gerak pergi mana-mana.
Aku rasa setakat ni dulu lah persediaan yang aku buat untuk ke korea. InshaAllah ada masa lagi, aku akan share dengan lebih kencang tentang perjalanan aku ke sana bersama travel buddies aku. ececewah ada travel buddies kau.
Bye!
p/s: doakan semoga proses pembelajaran Hana dipermudahkan Allah di sini!
xoxo
Hi assalamualaikum 😉😉😉
So today i feel sooo happy like i am the luckiest person in this world. Why? just now, I've got tutorial class for MECH2210. Its not a compulsory class but if you have any questions regarding final exam, you can come. Haa something like that la. So i asked several question and my tutor and i got a problem on one of the practice exercise from lecture class.
Coincidentally, my professor was there and my tutor ask him about that question. Andd he be like "is this from my lecture?" Hahahah. Sebab soalan tu betul. Tapi jawapan yg dia bg tu macam pelik. Macam something wrong somewhere. Last-last tutor aku pun macam dapat la solution.
And then suddenly prof aku tu datang dekat aku and guess what??!!
"You are genius. You've found mistake on my lecture notes!" - Professor Michael Smart
Oh ya Allah. Aku habis amin kan doa lecturer aku tu walaupun dia bukan islam kahkah. I really hope I'm genius. Amin ya Allah.
Walaupun realitinya i am not that genius, but its encourage me to be a better person, study harder (walaupun sekarang study dah separuh mati) and become a real genius!
Pray for hana!
so far iolls dah pergi melbourne, sydney, dan tak lama lagi akan ke adelaide. will update about my journey soon!
Assalamualaikummmm
Final dah dekat!! please pray for hana!
Ya Allah, permudahkanlah urusan hana dan rakan-rakannya, berikanlah kejayaan kepada hana, kuatkanlah ingatan hana.
ya Allah bagilah hana lulus semua subjek semester ni.
AMIN.
lately ni aku rasa aku stress yang melampau. i dont want to talk to anyone. i want to sleep all day. i just eat everything. i play games. a lot. i want to cry but i can't. aku rasa aku stress bukan sebab kerja banyak. aku stress sebab zuhairi syazwan.
bye.
Assalamualaikum and hye!
huhuii lama iolls menyepi. aku tak tahu bakpe malas sangat nak menaip blog tapi tu lah. ;)
soooo, aku menjejakkan kaki pertama kalinya di Brisbane Airport 21Feb2016. Alhamdulillah. sumpah tak caya dohhh Allah letak aku kat sini. aku yakin percaturan Allah ialah percaturan terbaik untuk aku. Thus, i need to work harder supaya setiap percaturan itu, ialah sesuatu yang terbaik untuk aku.
benda yang paling aku ingat masa mula-mula sampai ialah mama papa dengan wan. banyak kali aku cakap sensorang "mama papa wan, dah sampai dah ni. bestnya kalau semua ada dengan k.long, rasa apa k.long rasa sekarang" :')
masa mula-mula sampai tu, kak pina ambil aku kat airport. yeyeyeayy pastu jumpa ain. kawan aku kat muadzam masa form1 dulu.
masa ni, aku ingat aku berjanji pada diri aku yang aku akan make sure aku belajar betul2. jangan sedihkan mama papa. cepat-cepat habis belajar sebab nak balik kawin hahah.
|
Student card iolls! yang penting gambar macam ostajah kiki |
|
maybe you should dress up a bit more hana =..=' |
|
so ni kak syai yang baanyak sangat tolong daripada buat student card sampai lah beli fon baru. thanks kak syai xoxo |
|
first pic at Uni! |
|
gegadis yang hmmm :p |
|
KKTM most wanted yawww |
|
i guess this is my first outing to South Bank. naik feri guys. |
|
ommaa, cik ina(jiran) i miss you :') |