IELTS- tips jawab ielts

Assalamualaikum.

ya ALLAH ALHAMDULILLAH sangat-sangat sebab rezekiMu.

Hana lulus IELTS GUYSSSS! sumpah tak percaya langsung boleh lulus Ielts sebab dia macam bergandaganda susah daripada MUET. sedangkan muet pun aku dua kali amik test tau baru dapat band 3. ni kan ielts. tapi rezeki yang Allah nak bagi kita ni sangat luas dan banyak kan? baik sangat Allah kat kita. :') .


6.50 ! lepas atas pagar je sebenarnya. TAPI KAU KENE TAHU KESUSAHAN DIA 10 KALI GANDA SUSAH MUET! :( . aku macam down giler lepas jawab tu sebab memang tak boleh jawab especially speaking test tu. tapi bila tengok band speaking test rasa nak pelukpeluk je examiner aku tuu muaahhh. thanks !

ok, ni beberapa tips yang actually takdek lah hebat sangat, tapi boleh lah try.hihi.

Speaking Test
- buat soalan speaking (beli buku/ online). practice je banyak. cakap sorang2, time mandi, time makan, time tengah jalan, time tengok tv ke time betulkan tudung kat cermin, cakap je sorang. macam aku, family aku bukanlah family yang mahir giler berspeaking :') tapi diaorang banyak lah paksa aku cakap sorang-sorang. hahah. jadinya, aku ada la try bervoice note dengan H banyak2. kalau aku ada salah ayat ke, nanti H betulkan. thanks H!

- banyakkan juga dengar audio orang-orang yang speaking tu. kat youtube ada banyak. dengar la ikut band dan tengok cara diaorang jawab.

masa aku jawab speaking test tu, ni aku bagi flow dia:-

1) make sure sampai awal tau! sejam awal pun takpe. sebab time aku dulu, aku speaking test sepatutnya pukul 1 tengahhari. aku sampai dalam 12.30 something. sampai-sampai tu, teruss masuk bilik. tak sempat nak duduk mahupun korek taik mata. cuak giler namatey kott

2) dia suruh kita masuk dalam bilik tu. macam tengah interview tau. sorangsorang. examiner akan suruh kita bagi IC.

3) dia akan start record guna recorder dan dia akan cakap ayat lebih kurang macam, "okay, we shall begin now" lebih kurang gitu la

4) introduce yourself. okay time ni aku just bagi nama, umur, asal, anak keberapa. berdasarkan video tips speaking yang aku tengok dan audio yang aku dengar, untuk dapatkan band yang tinggi dalam speaking, salah satunya masa perkenalkan diri tu, TAK PERLU EXPLAIN PANJANG! cukup yang asas sahaja. mungkin sebab nak elakkan kita cakap melalut kot. tapi, kalau korang tercakap panjang, examiner akan menjampuk.

5) dia akan start task 1. soalan task 1 aku agak mencabar sebenarnya bagi aku. dia tanya, masa kecil dulu suka makan buah dan sayur tak? aku jawab tak sebab malas nak jawab HAHAHA . alasan tak sebab aku tak suka sayur warna hijau dan sesetengah sayur pahit. looser giler jawapan sebenarnya. tapi aku cakap la, memandangkan cuaca tak elok sekarang, makan buah dan sayur amatlah penting. dan sayur serta buah boleh bagi stamina untuk badan. bongok weyhh jawapan aku! next, dia tanya lagi, suka baca buku tak time kecik? parent ada selalu tak macam acah-acah bedtime story gituhh soalan dia. aku jawab lah tak. dia tanya juga ada simpan tak buku time kecikkecik dulu. aku cakap tak jugak. then dia tanya, kalau nak bagi hadiah kat budakbudak, nak tak bagi hadiah buku? of cos its a YES! sebab budak sekarang asyik dengan gadjet je. so why not bagi something different supaya diaorang akan appreciate dan gunanya dengan sebaikknya. :') *masa ni je aku rasa idea aku bernas giler

6) part 2. dia bagi kertas. dan berapa minit entah suruh kita prepare. aku dapat soalan pasal old friend. bila jumpa old friend last. dalam event apa jumpa. jadi close friend sebab ape. dah habis masa, dia suruh kita bercerita. macam examiner aku tu, selagi aku cakap tak cukup 2 minit, dia akan buat bahasa badan suruh aku cakap lagi banyak-banyak.

7) part 3, dia tanya lebih details. ape ciriciri yang perlu ada pada seorang kawan baik. macam mana kita nak tentukan yang dia tu kawan baik kita, antara family dengan kawan baik, mana yang lagi penting, necessary tak untuk ada kawan baik lebih daripada 3. masa ni dia kadang-kadang macam tanya soalan yang sama tau. tapi dia manipulasi ayat je weyh. memang kau kene fikir cepat giler dan pandaipandailah ubah struktur ayat.

8) dah habis tu dia akan cakap dah habis lah. hehe. jangan lupa cakap thanks kat dia. no need to shake hand pun hahah.

9) better jangan pakai baju warna hitam ah. alaa macam interview, warna kusam dilarang. hehe.

10) doa dan tawakal banyakbanyak supaya Allah bukakan hati examiner bagi markah tinggi :)

Listening Test
aku paaaaaling suka listening hahah. walaupun dia just boleh dengar sekali je. tapi bila menjiwai tu memang rasa best. rasa puas sebab boleh faham dia cakap apa. banyakkan buat latihan la. ni je tips dia. hahaha buaaattt je banyakbanyak sampai kau muntah pun takpe. kene dengar betul2 accent dia. british accent tau! banyakkan jugak tengok ceritacerita british accent ni. kingsman, everest, harry potter dan banyak lagi. fokus jugak dekat nombor. dia akan ada baca num tau. dengar betulbetul sebab yang ni memang confusing. ada juga kes yang mula-mula dia bagi jawapan salah. nanti dia betulkan jawapan dia. kene cepat! kalau korang tertinggal apeape jawapan, tak dapat tangkap, biarkan je dulu. tapi conteng cepatcepat kat sebelah ayat yang agakagak korang la. sebab kalau tak conteng nanti lupa.

Reading Test
untuk reading, its quite tough. kene practice banyak-banyak. time practice pun rasa macam down kot. sebab susah. kadang-kadang macam aku, makin banyak practice reading makin rendah markah yang aku dapat. sedih kot. jadi biasanya untuk reading aku buat selang seli dengan listening. cara nak jawab reading ni ada dua.

1) untuk setiap passage, baca soalan dulu, baru cari jawapan atau
2) baca satu passage, garis keywords siap-siap, baru tengok soalan. garis je banyak-banyak. takpe.

for me, aku prefer num 2. sebab aku dah buat kajian dah untuk duadua method. cara kedua lagi cukup masa berbanding cara 1st. ak bace je dulu 1 passage, then garis je banyak-banyak yang aku rasa isi penting, baru jawab soalan. konpem korang akan ingat nye, untuk setiap soalan, keywords dia kat paragraph mana. inshaAllah. aku ada dengar video jugak, sebenarnya reading ni, test dia memang dicipta untuk korang jadi pembaca yang pantas dan cekap. memang korang kene baca 1 passage baru boleh jawab soalan. time aku jawab reading ni, orang kat kiri kanan aku, kesian sangatsangat. time aku tengah jawab soalan passage 3, diaorang tak baca pun lagi karangan ke tiga ni. masih lagi menjawab passage 2 punya soalan. time lagi 5 minit g tu baru diaorang nak jawab soalan passage 3. memang last sekali diaorang bulat je ikut suka hati. sebab diaorang macam baca soalan dulu baru cari dalam passage. so korang kenalpasti mana yang lagi mudah.

Writing Test
writing aku cuma buat karangan sekali je weyhhh. sebab ni la part paling malas sekali nak tulistulis bagai. tapi aku banyak tengok soalan, pastu tulis rangka karangan dan baca contoh-contoh jawapan. banyakkan membaca lah. make sure task 1 tu jangan jawab lamalama. task 2 pulak jangan buat sampai 6 perenggan beb, aku buat 4 perenggan je. tapi kene ada contoh semua tu la. time buat karangan, jadilah orang yang matang kejap hihi.

that's all! harap membantu.

btw, terima kasih sangatsangat untuk mama papa yang banyak berkorban, kawankawan aku yang bagi sokongan dan doa, my H of cossss banyakk tolonggg walaupun jarak memisahkan kita hehew dan terutama Allah swt. terima kasih dan alhamdulillah sebab tolong hana Ya Allah. Kau Maha Pemurah. syukur syukur.


Share:

4 comments

  1. Hye, saya nak mintak tips dari awak sikit. Berapa jam sehari awak study utk IELTS ni? Kalau awk boleh email saya sangatlah saya bersyukur. nurulakmarina@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak sure sehari tu berapa jam saya study. tapi saya macam bangun tido, makan semua, pastu saya akan bt listening and reading. settle kan dua section tu. pastu saya rehat, tengok korea, makan semua. tapi before makan dan berjimba, kene make sure siapkan listening dan reading 1 set. after that, baru sambung balik, then, baca contoh karangan dalam 3 contoh (tapi baca je sebab malas nak bt karangan). pastu dan baca dan faham tengok contoh karangan dan tulis isi/ point utk karangan. dan rehat pastu sambung.

      make sure bertekad. nak siapkan berapa set? lepas tu baru reward diri sendiri dengan tido kejap or makan or shopping hihi

      jawapan saya membantu ke ?

      Delete
  2. miss, boleh tak awak email sy. merinafadila96@gmail.com. sy ada byk benda nak tanya miss soal IELTS. Pertolongan anda sangat dihargai.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikun akak.. boleh email sy @nadieyisakiey@gmail.com :)

    ReplyDelete

thank you for reading! :D