journey to UQ- part 2

hai assalamualaikum semua!

siapa rindu iolls? ihiks sorry lamaaaa tak tulisssss sebab busy. huish dia punya busy tu daripada kat malaysia sampailah dah sampai brisbane pun :))

okay! next step macam mana boleh sampai UQ?

okay dalam previous post aku tulis sampai dapat result ielts kan?
okay sekarang aku akan sambung untuk seterusnya.

lepas kita dah lepas qualification yang mara nak which is hmmm banyak. meh sini aku list kan:-

1) pointer kalau bidang teknikal 3.5 keatas, kalau bukan teknikal 3.75 ke atas. ni untuk CGPA masa diploma.

2) nanti kene buat medical check up tau. so jaga la kesihatan  betul-betul. sebab ada kes terdahulu, budak tu memang ielts, pointer semua dah lepas, tapi tetiba doktor keluar result, dia ada problem dekat hati ke jantung. kesian dia :'(

3) IELTS. masa zaman aku 6.5 ke atas tau. tapi zaman sebelum-sebelum ni kalau dapat 6.0 boleh buat rayuan lagi. zaman aku dah ketat sikit, ada one of my friend tu, di dapat 6.0, then mara cakap, mara boleh bagi dia pinjaman boleh ubah, tapi bukan ke luar negara. haa bang! tak boleh fly, so he decided untuk ambil IELTS semula.

4) nanti kan ada dapat borang daripada MARA, so isi dan settle kan lah borang tu dalam kadar yang segera sebab ni baru fasa 1. kalau korang lambat isi, nanti borang fasa 2 lagi lambat korang dapat. dan nanti mesti stuck dekat VISA, CEO bagai.


okay! btw untuk pengetahuan semua, aku dapat pinjaman boleh ubah MARA ni sebab memang aku dah ada perjanjian dengan MARA since diploma. aku masuk diploma dengan result trial. tapi sekarang aku dengar dah tak boleh pakai result trial sebab dah tak valid. then, dalam surat tawaran memang dia stated there yang MARA akan tanggung aku ke luar negara kalau lepas pointer yang dia nak. tapiiiii bear in your mind yang sebenarnya bukan korang kene lepas pointer lagi. banyak lagi qualification lain. cuma masa tu, dia nak bagi tahu pointer kene jaga. :)

lepas tu, dah settle lah fasa 1. alhamdulillah. then nak tunggu apa? masa ni kene contact dengan agent balik. tujuan? untuk dapatkan CEO. tujuan CEO? untuk membolehkan kita buat visa. nak dapatkan CEO ni kene ada full diploma transkrip. haaa masa ni kan aku tak graduate lagi. perghh memang kene tunggu senat habis lagi. lama gak ah nak tunggu. pastu nak tunggu pengarah sign.

tunggu la dalam 2-3 minggu daripada uni. benda ni depends on university yang korang apply. macam UQ, diaorang agak cepat laa buat kerje. dan bagi details apa yang kita nak. alhamdulillah. :)

dannn pada masa yang sama, korang kene tunggu juga, mara luluskan permohonan korang (Fasa 1). nanti bila dia dah semak, takda problem, dia akan email korang borang-borang untuk Fasa 2. masa zaman aku, dia bagi masa seminggu lepas daripada tarikh dapat borang, kene submit kat dia semula.tapi nak tunggu mara bagi borang Fasa 2, hmm lambat jugak lah. masa aku tu, tarikh dah nak orientasi memang dah dekat sangat dah weyh. memang pecut habis dapat borang Fasa 2. dah la masa tu clash pulak dengan cuti tahun baru cina. gilo weyh. cuti dah la daripada hari khamis sampai isnin time tu. masa tu memang balik kelantan sebab pahang tak bukak hari ahad. kelantan bukak kan?

kenapa nak kene tunggu kelantan bukak? bukak ape? haha maksud aku, hari bekerja. sebab, borang tu korang kene suruh penjamin korang isi borang, 2 orang penjamin. diaorang kene dapatkan sign majikan diaorang, pengesahan cop majikan dekat IC dengan Slip Gaji. lepas tu kene sign depan orang kerja pejabat suruhanjaya sumpah/majistret. tapi masa tu alhamdulillah, pakcik aku daripada kl balik kelantan. dia kerje majistret. so minta dia sign kan dan pesuruhjaya sumpah mahkamah tu, kawan dia sendiri. alhamdulillah. Allah permudahkan urusan. aku balik kuantan hari isnin, selasa settle kan borang lagi sebab pahang dah start kerja. ayah aku nak sign majikan dia. rabu pergi kl untuk submit borang.

ohh jangan lupa, korang kene apply sijil sokongan luar negara. ni sebenarnya ada dekat Fasa 1. apply cepat sebab lambat juga nak dapat borang ni. dan kene ambil sendiri dekat putrajaya. haa bayangkan aku pergi kl hari rabu tu, memang pergi putrajaya, pastu pergi pejabat mara lepastu terus buat medical check up untuk visa. sekali arung je buat semua.

dann untuk buat visa tu, korang boleh buat online je. tapi nanti agent akan bantu lah. aku siap berhenti dekat rnr lagi sebab masa tu agent nak check borang yang aku isi (bagi username dan password). kene isi visa punya borang dulu baru boleh buat check up tau! sebab nanti lepas isi tu, website visa tu akan bagi 1 butiran untuk korang tunjuk dekat hospital panel untuk membolehkan korang buat visa. tapi visa ni kene bayar pakai credit card tau. aku kene bayar dalam rm1800.

then, hantar borang-borang yang mara nak tu, dekat pejabat mara. lepastu, pergi buat visa. jangan lupa bawak passport, CEO, dengan butiran yang buat visa tu. tips untuk buat checkup ni, haaa. make sure korang minum air masak banyakkkk giler. sebab kalau korang tak lepas ujian air kencing, nanti kene bayar lagi. dan lepas 3 kali tak lulus, kene ada check up yang lagi detail. hmm tak mahu begitu kan? make sure air kencing putih tau! tips, minum air barli dengan air masak banyak-banyak. pagi tu, jangan minum coffee. aku tak makan apa-apa langsung sebab takut punya pasal. dan make sure korang yang gadis-gadis, ingat tarikh last period bila. nanti nak xray tu dia tanya. dan kalau gadis-gadis kalau korang period, korang tak boleh buat ujian air kencing. sebab nanti dia macam takleh baca reading air kencing. kene tunggu seminggu lepas period kalau tak silap.

dah siap check up, tunggu dapat visa. yeayy! 3 hari dah boleh dapat dah. pastu email dekat mara visa korang dah dapat. nanti mara akan call korang lah untuk dapat tiket flight bila dan dapat duit untuk 6 bulan elaun sara diri kat sana. batch aku yang fly ni, tak dapat duit lain macam elaun penempatan, duit baju, elaun buku semua tak dapat. kiteorang memang dapat betul-betul elaun sara diri $1200 * 6. haa JIMAT! sebab dengan duit tu la nak bayar rumah, nak beli barang-barang semua.

okay, tak nak pening-pening ye. hahaha aku macam buat karangan. tapi aku serious tak tahu nak buat ayat point macam mana. harap membantu :)

Share:

1 comments

  1. Salam! Nak tanya, kalau sijil sokongan luar negara tu kita kena isi then hantar kat Putrajaya by hand ke? Ke boleh by post? Terima kasih.

    ReplyDelete

thank you for reading! :D