Listen! Listen! Listen!

Di satu pagi Isnin yang hening, tatkala semua orang sibuk bersiap untuk pergi ke kerja, Pak Hashim; pengetua Sekolah Kebangsaan Tanjung Harapan tak lari dari melakukan perkara yang sama. Dia pun bersiap untuk ke sekolah awal kerana pagi itu ada perhimpunan mingguan; macam biasa dia kena berucap di depan.

Hari ni dia punya kalut lain macam sikit sebab semalamnya malam hujung minggu. Dia pun ehem-ehem la dengan bini dia. Tak perlulah kot kalau penulis nak huraikan panjang-panjang kat sini. Apa? Aku cakap dia tengah mengurut dengan bini dia lah. Tak nampak ke 'ehem-ehem' aku letak kat situ sebagai hint dah yang dia sedang mengurut. Keluar lah semua angin-angin dalam badan dia. Haishh... Korang ni memalukan betullah!

Perhimpunan pun bermula. Hari ni mood Pak Hashim lain sikit. Dia perasan itu. Tapi dia pun tak tahu kenapa. Cikgu-cikgu kat belakang lagilah perasan dan terus melaksanakan tanggungjawab sebagai guru dengan penuh berdedikasi; mengutuk pengetua dia dari belakang semasa perhimpunan.

"Dijemput Tuan Pengetua, En. Hashim bin Othman untuk memberikan sepatah dua kata." Pak Hashim pun bangun dengan malas untuk ke meja berucap. Dalam masa yang sama, di hujung-hujung dewan tu ada terdengar bunyi budak bersin. Bukan satu. Bukan dua. Tapi 200 orang! Apa bana semua orang bersin serentak! Semua kena H1N1 ke? Pak Hashim lek je. Professional katanya. Dia tahu benar budak-budak tengah kutuk dia tu. Mentang-mentang la nama dia Hashim, boleh la engkorang kutuk buat bunyi bersin.

Dah 10 minit dia berucap. Dari tadi dia berucap, dewan bising. Dia berucap di depan, budak berucap di belakang. Biasa lah tu. Nama pun perhimpunan, diorang pun nak berhimpun jugak nak bercerita pasal aktiviti hujung minggu. Cuti dua hari je chor... tapi gaya cerita macam 2 tahun tak jumpa! Pak Hashim pandang je.

Dalam dia tengah bercakap tu, tiba-tiba dia diam. Bukan gaya dia nak marah-marah orang ni. Zaman muda dulu boleh la nak angkat kaki. Dia pun diam daripada berucap tapi budak-budak masih lagi bersembang; tak perasan dengan hint yang pengetua bagi. Dia pun 'ehem-ehem' kat depan. Kali ini ada 'ehem' lagi. Tapi ni bukan 'ehem' yang tadi tu... Haishh korang ni....

Pak Hashim pandang tajam budaknya. "Saya nak tanya. Kalau orang tu bercakap sorang-sorang, dia panggil apa?"

"Monolog kannn??" Pak Hashim menjawab sinis. Haishh...Dia yang tanya, dia yang jawab.

"Kalau orang tu bercakap dua orang? Yang tu orang panggil apa pulak?"

"Dialog kannn?" Dah macam orang gila penulis tengok pengetua ni tanya sorang, jawab sorang.

Lepas tu dia tanya lagi. Kali ni lebih serius.

"Kalau orang tu bercakap kat depan lepas tu orang kat depan dia semua bercakap jugak, orang panggil apa pulak?"

Ahh sudahhhh...cikgu-cikgu BM kat belakang semua dah kalut. Dah mula tanya antara diorang amende jawapan dia. Tak pernah lagi diorang tahu ada istilah dalam percakapan macam pengetua cakap tu. Ye la takut, nanti tak dapat bonus nanti. Ntah-ntah diorang yang kaki tidur dalam kelas dulu masa belajar sampai tak tahu.

Kali ni lama sikit pause dia. Budak-budak pun dah start diam sebab soalan dia kali ni lain macam sikit.

"Kalau orang tu bercakap kat depan dan orang lain bercakap kat belakang....itu GOBLOK namanya!" Pak Hashim tekan sikit suara dia bagi nampak macam marah.

"Kamu semua ni goblok tahu? Orang bercakap kat depang korang cakap kat depan saya. Tak hormat betul dengan orang yang bercakap kat depan. Pantang nenek moyang saya". Ntah bila masa pengetua ni tahu cakap ganu lak ni...

Hahhhh!! Padan muka korang! Diam habis semua student kat situ. Baru diorang tahu, dah 7/12 tahun hidup baru diorang tahu yang diorang goblok. Tahu goblok apa? Korang search la sendiri kat Google.

Pak Hashim dengan selambanya, menutup mic dan terus blah dari pentas. 'Ajet-ajet mewajuk lettew' bak kata anak-anak muda zaman sekarang. Dia naik kereta keluar entah ke mana. Baru budak semua tahu nak diam. MC pun dah tak tahu nak buat apa. Dah gelabah ayam. Cikgu disiplin pun keluar berucap marah-marah budak. Konon bagi nasihat la gitu. Padahal nak mintak naik pangkat. Chaitt!!!!

Pak Hashim sebenarnya bukan marah pun. Dia saja dah plan dah sebenarnya. Kan tadi dia macam takdak mood dan dia tak tahu kenapa kan. Masa berucap tadi, perut dia berbunyi. Dia dah tahu yang sebenarnya mood dia lain macam sebab tak makan pagi sebenarnya tadi. Tu lah, bangun lambat lagi. Haish orang tua niii...

Pak Hashim pun menuju ke kedai Pak Mat nak pergi makan pagi. "Hoii Hashim!", Pak Mat menyapa; mengangkat tangan. Kalau dia muda lagi, dah lama dia angkat kaki. "Ko tak pergi kerje ke?"

"Aku rehat jap...Ko ape tahu. Ni, kasi aku roti canai 3 teh tarik 2!", ujar pengetua yang dah macam penyu tua tu.

"Wokeyh worait! Semua siap!"

"Masuk buku eh? Hehe". 'Hehe' lagi..haishh...






Share:

0 comments

thank you for reading! :D