Kisah Teladan Percintaan - Episod Akhir

Selepas peristiwa di bawah pokok mempelam yang lalu, aku meneruskan hidup seperti biasa. Suatu hari aku ada berkenalan dengan seorang gadis berwajah Melayu. Aku mula berkenalan dengannya semasa aku melepak di rooftop di apartment aku di Kuala Lumpur melihat pemandangan kota raya di waktu malam. Dia datang secara tiba-tiba menemani aku di bawah sinaran bulan purnama. Aku terpegun meilhatnya buat kali pertama. Badannya tidaklah terlalu besar dan tidaklah pula terlalu kecil. Comel-comel begitu. Senyumannya pula membuatkan aku tidak dapat tidur lena beberapa malam.

Pada satu hari kami menonton wayang bersama. Dia mengajak aku keluar mengisi hujung minggu yang terluang. Sepanjang perjalanan kami menaiki komuter ke Mid Valley, kami berbual tentang tentang 'grumpy cat' iaitu sejenis kucing yang bermuka masam.

Setelah tamat cerita yang ditonton kami pergi ke sebuah restoran Itali untuk mengisi perut yang lapar. Dalam ketika kami makan, aku cuba untuk membuka topik untuk dibualkan.

"Saya tak pernah makan di kedai sebegini. Biasanya hujung minggu sebegini saya akan pergi ke kedai mamak memesan nasi goreng kampung sambil menonton perlawanan bola."


"Awak tak boleh la begitu. Kadang-kadang kita mestilah melayan perut kita ni dengan makan sesuatu yang istimewa. Macam kita melayan orang? Sometimes kita kena bagi something special. Baru dia rasa dihargai. Sama macam perut awak tu. Nasi goreng awak tu rasanya bukan sama pun kan macam mak awak masak di kampung? Mamat yang masak nasi goreng tu entah datang dari mana entah. Agaknya dari Tamil Nadu sana dia mari?"

Aku iyakan saja. Ada betul juga katanya itu.

"Jadi awak kerja apa?", dia bertanya kepada aku.

"Haa...kerja saya ni, dia ada kaitan dengan 'life and death'", aku memberi sedikit saspen.

"Haa?? Jadi awak kerja apa?"

"Kalau awak dapat teka saya kerja apa, saya belanja awak aiskrim!"

Malam itu, dia dapat teka aku kerja apa. Malang betul.



***




Nak dijadikan cerita, satu hari dia mengajak aku melepak di rooftop melihat pemandangan kota raya. Aku rasa malam itu mungkin dia hendak memberitahu sesuatu. Jadi aku rasa ini masa yang terbaik untuk aku menunaikan janji aku. 


Aku singgah ke kedai membeli aiskrim yang paling special di kedai Pak Mat. Paling special sekali. Aku pun dah lama tak makan aiskrim ni dan aku rasa macam tak percaya aku membelinya. Alah, apalah sangat kalau nak dikirakan duit dengan nilai disebalik aiskrim tu. Bak katanya, apa salahnya kalau kita membelikan sesuatu yang istimewa sekali-sekala.


Aku menaiki rooftop senyap-senyap untuk membuat sedikit kejutan.

"Awak."

Dia menoleh ke belakang

"Bukan ke haritu saya ada cakap kalau awak dapat teka apa saya kerja, saya belanja awak makan aiskrim? :)"

"Soalan awak kacang sangat. Tak mencabar. Lain kali bagi la soalan addmath ke soalan calculus ke? Hehe"

Sedap dia menganjing aku.

"Taraaaaaaa!!!", aku mengeluarkan aiskrim yang aku sorokkan tadi.

Mukanya dari senyuman yang sangat manis yang aku tak dapat tidur beberapa hari tu mula bertukar menjadi pandangan yang sangat menyeramkan. Macam The Rock pandang.

"Aiskrim pop je? Saya nak aiskrim Cornetto Red Taylor Swift tu. Saya nak ke konsertnya nanti."

Aku rasa seperti hendak menangis.

Tidak lama selepas itu walaupun berat untuk diputuskan, kami berpisah dengan cara baik dan beradat. Perpisahan itu terjadi sebelum sempat aku menghabiskan aiskrim pop itu sendiri.

Share:

0 comments

thank you for reading! :D