Keadaan Melayu
Mohd. Hashim Baharuddin
Manakala melihat keadaan Melayu
timbullah perasaan sehabis sayu
kerana mengenangkan pekerjaan layu
sebarang maksud belum payu
timbullah perasaan sehabis sayu
kerana mengenangkan pekerjaan layu
sebarang maksud belum payu
Orang Melayu makin berpupus
kerana perasaan telah mampus
ibarat tanaman tidak berjirus
lain bangsa telah menghapus
Orang Melayu semakin ke tepi
lain bangsa telah mendaki
hak Melayu mereka rebuti
sebarang kehendaknya semua menjadi
Anak Melayu berperasaan dagang
sebarang maksud telah sumbang
pembesar Melayu belum bergirang
asyik menilik pangkat yang dipegang
Rakyat Melayu cuba menegah
di dalam akhbar dirayukan sudah
tetapi belum mendapat ubat
masa bilakah gerangan entah?
Ayuhai pembesar Melayu Malaya
insaflah kepada rakyat mala
jangan asyik pangkat dibela
kepada rakyat mestilah disengsara
Majlis, 9 Mac 1940
Aku baru buka buku Puisi Kemerdekaan '1940-1957', lalu terjumpa satu puisi ni dari Mohd. Hashim Baharuddin. Bila aku tengok puisi ni aku rasa sedih. Sedih aku bukan apa, sedih aku sebab dia ceritakan pasal masyarakat Melayu pada masa tu yang mana tak sedarkan diri hanya bermalasan di tanah air sendiri hingga orang lain datang mengaut hasil ekonomi negara sendiri. Sikap orang Melayu yang terlalu baik hati memberikan apa saja kepada kaum lain. Golongan pembesar pulak hanya kisah pada pangkat saja.
Tapi yang lagi menyedihkan sebenarnya. Ini puisi tahun 1940. Sekarang dah 74 tahun cerita yang sama masih lagi berulang. Takde bezanya dengan 74 tahun yang lepas di Tanah Melayu. Sampai bila cerita ni nak tamat?
Kalau kita perhatikan betul-betul. Sejarah negara kita yang dulu dah pun berulang. Dia tak pi mana pun, pusing-pusing situ jugak. Kalau dulu orang Cina datang ke negara ni hanyalah untuk berdagang, orang India bekerja di estet. Melayu kebanyakan kerja di kampung. Melayu pembesar jadi tokey lombong bijih, Cinanya pula jadi pekerja. Tapi sekarang semuanya dah jadi tauke, orang di tanah sendiri pula jadi kuli. Sekarang kalau tengok Bangla, Myanmar, Nepal, Filipina, Indonesia semua datang jadi buruh, jadi orang gaji, jaga kedai makan dan macam-macam lagi. Mana tahu 10-20 tahun lagi kita bekerja bawah mereka. Sekarang ni pun dah ramai orang Bangla jadi tauke kedai tudung kat Jalan TAR, tauke kedai makan yang orang kita sendiri pergi makan dan kerja di sana.
Pada hemat aku, di mana kita sekarang?
*****
"Tit!! Titt!!" Henpon aku berbunyi menunjukkan mesej masuk dengan laju.
"Abu, malam ni game besar! Manchester City lawan Liverpool."
"Mana?"
"Mamak. Rahmat Maju. 11 malam ni."
"Mana?"
"Mamak. Rahmat Maju. 11 malam ni."
"Ok, set!"

0 comments
thank you for reading! :D