Budak Cuti Sekolah
Minggu lepas aku ke kerja dengan berjalan kaki seperti biasa. Kawan serumah aku pun menyibuk nak tumpang sekaki dengan aku nak pergi kerja. Takde kaki sendiri ke nak tumpang-tumpang ni?
Jalan kaki ke kerja ni bukan aku nak kata apa. Tapi selama 3 bulan setengah dah aku kerja dengan berjalan kaki ni, aku nampak berjalan kaki ke kerja ni lebih efisyen dari naik kereta. 4 minit je dari rumah ke ofis aku. Dah rasa macam orang Jepun dah sekarang ni. Jalan kaki ni senang. Bukan apa, jimat minyak, konpom-konpom la jimat duit, laju, lancar dan tak perlu nak tersekat dalam jem ni.
Semasa aku melintasi pondok bas tak berapa jauh dari rumah aku, ada satu budak Hindu ni bawa motor laju-laju sebelah aku. Dua orang sebenarnya.
"Vroommm...!!!"
Aku yang bergaya berjalan dengan punya lah bersemangat nak ke kerja ni tiba-tiba habis jatuh pisang yang aku tengah dok makan ni ke tanah. Aku pandang pisang aku yang dah penyek tu, aku pandang mamat yang naik motor tu balik. Terbayang duit aku yang aku simpan selama ini untuk beli sesikat pisang penyek atas tanah . Aku perhati betul-betul mamat mana yang kurang ajar menjatuhkan pisang aku ni. Hampeh, budak sekolah rupanya! Dengan perasaan marah yang membuak-buak, aku tak dapat tahan lagi untuk meluahkan perasaan aku ni.
Aku cakap dengan member sebelah aku yang tengah berjalan sambil pegang henset dia.
"Hampeh betul budak zaman sekarang! Bukan tahu nak pi sekolah. Ni, pagi-pagi dah naik motor melilau merata. Woi, aku dulu tiap-tiap tahun dapat anugerah kedatangan penuh la!"
"Amende ohhh...?"
"Ko nampak tak budak budak tadi tu? Yang naik motor tu laju-laju tu. Budak sekolah tu der. Dia tak tahu nak pergi sekolah ke? Ini la budak zaman sekarang, menghabiskan duit mak bapak je", panjang aku berceramah.
"Err...bukan sekarang cuti sekolah ke? Cuti mid sem seminggu."
Otak aku dah rasa macam mula bersambung sel-sel neuron untuk mengcover balik.
"Takde laaa.... Kalau ye pun cuti ke apa ke, tolong la mak lipat baju ke, sapu laman ke, tengok kartun ke. Ini amende weyh naik motor ni!"
"Cuti kotttt...."
"Okayyyy....", aku cakap slow-slow.
"Okayyyy....", aku cakap slow-slow.
Tanpa banyak soal aku ambil beg aku tutup kepala, lalu terus memecut ke kerja sambil menitiskan air mata.
0 comments
thank you for reading! :D