Hati Mat

Mat seorang peminat rock nombor satu. Dari kecil lagi dia dah layan lagu rock. Budak-budak lain masa tu dok dengar lagu Raihan lagi. Power tak power dia ni, semua penyanyi rock kapak di Malaysia dia hafal. Dari Search sampai ke Wings, dari Butterfingers sampai ke Bumiputra Rockers dia hafal. Mana layan dia dengan lagu lain. Bila tanya dia, dia akan kata dia memang rock sejak lahir. Orang lain semua tak rock. Sampai orang kampung semua panggil dia 'Mat Rock'.

Masa zaman ni, memang dia rajin cari kaset-kaset rock kat kedai Ah Seng. Setiap minggu dia mesti pergi bandar dengan naik bas semata-mata nak tengok kot-kot ada keluar kaset rock baru. Dia punya semangat punyalah power sampaikan duit belanja sekolah dia simpan separuh setiap hari untuk kumpul duit beli kaset. Dalam almari dia jangan ceritalah berapa tinggi kaset dia susun. Di saat kawan-kawan dia panjat pokok, main tuju selipar, masuk hutan tangkap ular, dia mana ikut. Mat duduk di rumah saja layan kaset rock sambil merenung poster idola rock dia yang paling power pada era '90-an, Kurt Cobain. Dia malas main dengan budak-budak seumur dengan dia, dia kata diorang semua tak rock.

Bila umur dia dah mencecah zaman remaja, Mat dah kurang layan rock kapak ni. Katanya banyak sangat jiwang. Dia kata dia tak nak jadi hati tisu. Mat mula beralih arah kepada muzik punk yang mula memecah masuk scene di Kuala Lumpur pada masa tu. Saat kawan-kawan dia dah mula bercinta dan ada makwe, Mat masih lagi solo dan setia dengan scene punk dia. "Apa barang bercinta ni, menghabiskan duit ja". Duit yang dia simpan tu dia mula beli disc man untuk senang dia membawa macam-macam jenis cd band dalam beg dia.

Masuk zaman universiti, Mat makin sibuk dengan kos architecture ni. Ingatkan dia dah berubah dan dah mula nak mencari awek. Kawan-kawan dia yang lain semua dah berpunya lepas menggantung henset 3310 dan 3350 di leher yang tengah hit masa tu. Kawan-kawan dah ramai tinggalkan dia. Mat bukan tak ada orang nak ke dia. Muka dia bukan jenis budak-budak sakai dia ni, boleh tahan juga hensem dia. Tapi dia yang tolak mentah- mentah awek-awek yang nak mengorat dia. "Mengarut je bercinta ni. Korang tak rock la..", kata Mat kepada kawan dia.

Masa penghujung zaman universiti, Mat ada mencari buah hati untuk dirinya sendiri. Barangkali dia sunyi. Barangkali dia juga nak meluahkan perasaan dia kepada orang yang dipercayai. Kali pertama Mat berjanji temu, Mat dah mula jatuh cinta dengan seorang gadis ni; matanya ayu. Tapi hubungan mereka tak sempat berbunga dek awek tadi melipat bahagian buku Dragon Ball yang Mat kumpul dari kecil. Kali kedua Mat keluar dengan minah ni di rumah keluarga dia, tak pasal-pasal minah ni kena lempang sebab tanya motor dia ada pencucuk USB tak. Dia panas baran, mungkin setelah lama terjebak dengan scene rock dan punk ni. Tapi Mat masih tak berputus asa. Fikir dia hanya untuk menamatkan zaman bujang dia selepas mak dia asyik bertanya bila nak bawa calon ke rumah. Selepas lama menyepi, Mat ada bertemu dengan pilihan hati. Tapi hubungan dia hanya bertahan berapa bulan ja lepas awek tu buang dia sebab belanja aiskrim pop ja. Awek high class kata Mat.

Sejak itu, Mat tak percaya lagi dengan cinta. Apa jenis awek yang cun depan mata pun dia tak percaya lagi. Apa jenis perempuan pun dah tak boleh pakai, katanya. 



*****


Sekarang Mat dah mula bekerja di Kuala Lumpur. Baru 3 bulan. Dia dah lama melupakan hal-hal percintaan ni. Apa jenis perempuan pun tak boleh pakai. Mat tak percaya lagi akan kata nista cinta dari seorang wanita. Sekarang Mat pun dah tak layan lagu rock dan punk lagi. Agaknya kerana usia yang dah menginjak dewasa. Dia mula beralih kepada aliran Indie yang agak santai dan tenang, setenang jiwa Mat. 

Baru-baru ni, Mat ada tertarik dengan ofismate dia. Cantik, langsing, putih sebijik macam artis luar negara. Senang cerita memang cukup sempurna di mata Mat. Dia tertanya-tanya, adakah dia akan melanggar janjinya yang dia tak akan kalah dengan kata nista wanita lagi? Tapi sayang sekali Mat membuat tindakan sebelum dia membuat keputusan terlebih dahulu. Mat mengajak perempuan tadi untuk makan tengahari. Ternyata Mat tertipu sekali lagi. Perempuan tadi dah mencukur semua duit Mat. Marah betul Mat.

Tapi Mat simpan juga harapan. "Boleh lagi ni. Ada can lagi". Mat berkenan dengan gadis berbaju kurung selang beberapa kubikel saja dari tempat dia. Mat membuat kajian dulu di internet dan bertanya kepada kawan-kawan yang dah habis zaman bujang mereka. "Boleh ni boleh. Ada can lagi ni.", kata Mat sekali lagi. Sekali pergi tanya, perempuan tu dah tiga anak dah. Melepas...


"Bodoh kau Mat. Bodoh! Itu lah dulu tak nak cari awal-awal! Sekarang baru padan muka kau.", kata Mat dalam hati.

"Dah la Mat, aku rasa kau dah takde can dah nii..", kata pula hati Mat yang paling dalam sekali.

"Biar la aku hidup bujang! Pergi mati la semua pompuan ni!". Mat betul punya marah dan meluat. Bila sampai peluang untuk dia meluahkan ja, awek reject. Bila awek minat dia pulak, dia pergi lempang awek tu. Mat betul-betul bengang. Dia ambil komik baca sambil baring.

Sedang dia ralit layan komik tu. Henset dia berbunyi menandakan mesej masuk laju dari WeChat. Sekali tengok perempuan yang mesej tu nak berkenalan, Mat jadi malas. Mat rasa nak tutup ja henset tu. Dah berapa kali dah terkena. Tapi Mat ada intai-intai juga, dia cuba untuk buka profile picture awek tadi.

"Perghhh....cun siot awek ni! Ini kena balas ni. Mana tau ada jodoh!", kata Mat dalam hati yang agak teruja melihat gambar dalam hensetnya.

Mat, Mat..... Hati kau terlalu lembut dengan awek yang bermuka cun.

Share:

0 comments

thank you for reading! :D