BANJIR part 1 (KKTM KUANTAN)
okay. 24.12.14 petang tu terussssss KKTM Kuantan bukak penempatan untuk mangsa-bangsa banjir. masa tu sangatttt sibuk sebab macam tergesa-gesa sikit. sangat kelam kabut. memang aku tak boleh bayangkan macam mana kiteorang boleh berada dalam zon yang sangat kritikal.
aku duduk depan laptop, key in data daripada pukul 4.00 petang sampai 12.00 pagi. kiteorang tak sempat nak makan, tak sempat tengok phone, tak sempat sembang dan bergosip, tak sempat nak belek tudung dan aku rasa tak sempat nak kentut pun. HAHAH.
some of budak sem 1 pun ada yang stay dan mereka sangat bagus! well. sem 1 kan. arah je buat kerja. HAAHAHAH. ok. tak pun actually. walaupun diaorang baru sem 1, mereka sangat berdikari. kau bayangkan, sem 1, aku bagi bilik kat makcik pakcik kakak abang adik untuk diaorang bermalam, budak-budak sem 1 ni lah yang cari kunci pintu dan tunjuk bilik kat mangsa banjir. masa kau sem 1 agak-agak kau tau tak H2-R1-18 kat mana? sumpah aku sem 5 (baru naik jadi senior.KAHKAH) ni pun tak tahu kat mana, puii. but they manage to do it very well. good job adik !
penat giler. sumpah penat. kau nak naik turun tunjuk bilik. pastu ada pulak bilik tu kunci rosak. kau kene turun, bagi tahu kat kaunter (iaitu aku) yang kunci rosak dan kene bagi bilik baru dan tunjuk bilik semula. dengan masa tu DM penuh. bapak-bapak penuh. (tak sempat ambil gambar) .
dalam sekelip masa KKTM Kuantan sudah berpenghuni. phewww. macam kau baru korek taik mata, tiba-tiba dah tak nampak rupa dah DM sebab penuh dengan lautan manusia.
pukul 12.00 am aku dah naik, berehat dan kul 5.30 a.m turun balik kaunter dan kau bayangkan betapa penuhnya sampai kat DM dan surau pun ada mangsa banjir yang bermalam.
![]() |
| aku tak tahu sapa ambil gambar ni. hihi |
![]() |
![]() |
| petugas (memang 24 hours KKTM bukak) |
masa tu, kiteorang macam dah 2 minggu langsung tak keluar kolej. langsung-langsung. tak tengok dunia luar langsung dan tak sempat. :'(
tengok SINI untuk next entry, :)








0 comments
thank you for reading! :D