Janji Allah itu benar
Assalamualaikum dan selamat petang.
Pada coretan kali ini aku ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman aku 2 3 hari ini yang banyak mengajar aku bahawa janji Allah itu benar. Pada tanggal 19/08/2015 kira-kira jam 12 tengah hari. Biasalah kan tengah hari. Nak lunch. Dalam poket aku tinggal rm 3 sahaja. Aq buntu kerana duit aku tinggal banyak tu sahaja. Pada waktu itu dalam kepala ni banyak suara yang berbisik seolah olah aku sedang bertarung dengan diri aku. Tapi aku nekad. Tak pe lah. Beli jelah makanan ni. Nnt mlm kita cari lah alternatif lain. So aku beli nasi lauk ayam berharga rm 3. Dan aku sudah tidak mempumyai se sen pon dalam tangan aku. Pada waktu petang hari yang sama, kawan-kawan aku yang lain mengajak aku untuk keluar minum ABC cornflakes yang sangat popular disini. Namun aku terpaksa menolak pelawaan mereka kerana aku tidak mempunyai wang. Pada malam harinya, aku sudah tidak mempunyai apa-apa untuk makan. Aku duduk sebentar dan bermain game bagi mengelirukan otak aku supaya tidak berfikir pasal makan. Jam menunjuk pukul 10 malam. Aku sudah tidak boleh tahan. Aku pergi mencari ikhtiar. Aku pergi ke bilik kawan aku yang berada ditingkat bawah untuk berhutang megi. Aku berhutang 2 bungkus megi. Satu untuk aku makan pada malam itu dan satu lagi untuk sebagai waktu kecemasan. Aku pun makan. Namun dalam kepala masih lagi bercelaru, macam mana nak buat sampai hari jumaat ni. Sebab selalunya hari jumaat baru aku keluar pergi cucuk duit. Pikir punya pikir dan aku buntu. Aku cuba untuk mengutip hutang-hutang yang pernah aku bagi pinjam. Namun mereka pon berada lebih kurang dengan situasi aku. Dalam hati aku berkata, "takpelah, nanti ada lah tu. Rezeki Allah kan ada". Tidak sampai 5 minit tiba-tiba telefon aku berbunyi menandakan ada wasap masuk. "Wan, nak duit tak? Aku ada job untuk kau. Tolong lukiskan projek PDD aku. Nanti aku bagi upah". Masa tu cuma Allah ja yang tahu bagaimana perasaan gembira ini. Aku pon membalas okay, aku on. Aku pon terima job itu pada hari khamis dan dapat dalam rm 10 sebagai upah. Cukup lah kan nak support sampai hari jumaat. The point here is kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah, jangan risau. Semuanya akan berjalan dengan lancar. Aku bukan nak berlagak atau menunjuk-nunjuk. Just sebagai perkongsian dan peringatan bagi diri aku dan kita semua bahawa Allah itu ada dan janjiNya itu benar.
0 comments
thank you for reading! :D