jouney to uq- part 3
haiii !!
okay sekarang nak cerita perjalanan ke Brisbane, Australia heheww
tak tahu macam mana nak rotate :( |
okay, ni ialah agent yang uruskan tiket flight aku. aku dapat tiket dalam 3 hari sebelum fly kot. hahah serious lambattt. tiket aku on 20th Feb 2016 :') . daripada Malaysia naik Jetstar ke Singapore. transit jap kat situ, lama juga transit sebenarnya. sampai zohor kot. lepas tu naik Emiratessssss kauuuu kene Brisbane. SUMPAH BEST GILERRR hahaha. kiteorang sampai dekat airport dalam pukul 4 pagi. semalam dalam lepas isyak sampai kl, then rehat kejap rumah mokti dengan ayah chik. pastu kul 12 tu g makan, lepak-lepak buat kali terakhir :( pastu g klia 2. sedih giler time tu. aku takdek mood nak makan. nak cakap pun sedih. sekarang pun sedih hmm.
papa mesti penat bawak kereta. sebab memang seminggu sebelum fly kiteorang tak cukup tidur. ulang alik pergi kl. penatnya. aku boleh rasa lagi penat tu.
tiker fight singapore ke brisbane orang airport brisbane amek tak pulang :'( |
tengok ni, diaorang tido dekat lantai airport sebab penat :'( |
masa ni aku dah sedih giler dah ni |
sedih sedih sobss |
aku senyum. tapi tiap kali pandang ayang mesti nangis. aku kejut dia. tak bagi dia tidur |
H. terima kasih datang :') masa nampak dia time ni perghh control giler nangis |
yayaaa ecahhh terima kasih datang! naik lrt ke ape ntah nama tu. sangguppp :') |
ni semua yang fly sama-sama |
memang masa kat airport tu ya rabbi. sedih dia lain macam beb. lama giler tak jauh dengan family. bayang ah nak pergi terengganu hari tu pun, mak ayah aku hantar kat stesen bas aku dah sedih giler. ni kan nak pergi jauh. lama tak balik.
H datang dengan kawan dia. tidur rumah kawan dia. sanggupp tu. serious sedih dan terharu dengan effort dia. Thanks honey! moga kuat jodoh kita :')
Ecah dengan Yaya. serious time aku nak fly ni, memang tak ramai tahu. aku bukan tak mau bagi tahu, tapi aku tak pasti. ecah dengan yaya memang tahu last minute betul. kesian diaorang. tapi i love you korang! terima kasih untuk effort korang. <3
mokti dengan ayah chik pun datang. diaorang dah la salah klia. bayangkan daripada klia 1 tu pecut p klia 2. ya Allah, terima kasih banyakbanyak mokti dengan ayah chik. diaorang banyak tolong aku.
mama, papa, angah, alang, aby, alek, ayang, kaklong sayang korang. mama papa, terima kasih untuk semua. semuaa sekali. kaklong sayang korang more than everything, to the moon and never return and may Allah bless us. :') dan kaklong rindu. sentiasa sayang dan rindu.
you know what, benda yang paling tak boleh lupa, masa tengah salam-salam tu, memang aku sorang macam nangis tak boleh berhenti. aku sedih sangat. time peluk mama tu, okay lagi. tak selok lagi. tapi time peluk papa tu ya Allah, i kennot. papa nangis! sedihhhh. dia peluk cakap belajar elok-elok, jangan tinggal solat, buat yang terbaik. papa macam merah mata dia. i was crying so hard time tu. masa cium ayang pun. sebab aku orang yang paling banyak duduk rumah, so memang rapat giler dengan ayang. even right know pun tengah nangis. hmm.
aku nangis lamaaa. sampai dalam flight pun sedih lagi. sampai brisbane pun nangis lagi. sampai orang agent tu cakap takpe hanani, awak bawak harapan mak ayah. jangan nangis. ya Allah sedihnya.
to mama papa, kaklong sayang korang sampai kaklong mati, sampai syurga. kaklong tahu, dengan perkataan terima kasih tak cukup untuk membalas semua jasa yang terlalu banyak untuk kaklong. tapi kaklong doa mogamoga family kita sama-sama sampai syurga. amin amin amin.
airport singapore |
ni kktm kuantan! |
1st picture dekat UQ! |
ni lah akak-akak yang banyak tolong aku masa mula- mula sampai dan sampai sekarang, i love u |
buat lecturer, cikgu, terima kasih untuk semua. doakan saya terus berjaya. tanpa kalian, saya takkan berada di tempat yang saya pijak sekarang. masa kt sekolah rendah dulu, kene pukul dengan duster bagai. sakit wooo darah. haha. masuk kktm, hampir berhenti. pengarah tahan tau! terima kasih dr. mahazani heheww. terima kasih semua lecturer dan cikgu yang saya sayang dunia akhirat.
kawan-kawan, tanpa korang saya takkan mampu melihat dunia alma mater dengan gembira. terima kasih kerana berada bersama saya sepanjang perjalanan ini. mek-mek kktm ku, korang hutang dengan saya! nak hantar p airport. hahaah. buat kawan-kawan yang menjatuhkan, korang juga ialah punca saya untuk terus berjuang. terima kasih untuk semangat itu.
H. terima kasih untuk semua. susah senang sama-sama. sedih, gembira, marah sama-sama. aku sayang kau. moga kita kahwin sampai syurga! :')
Tags:
#journeytoUQ
5 comments
Tahniahh . Blajar rajin2 . Batch aq sorang pon xdpt pegi . ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeletealaaa jgn ckp g tu. inshaAllah ada rezeki kat lain tu. tapi kalau datang pun adui susah nak matiiiiii rasa nak balik mesia hahaha
DeleteTahniahh . Blajar rajin2 . Batch aq sorang pon xdpt pegi . ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeleteWhoaa . Doakan saya yaaa. Result ielts 29hb ni. Fuhh cuak dia lagi cuak daripada nak fly . Ielts mengancam hahaha.
ReplyDeleteHAHAHHA sangat mengancammmm! All the best! dan inshaAllah mesti boleh nye tuuu :)
Deletethank you for reading! :D