Tips: South Korea Trip (Musim Sejuk) #1

hai hai assalamualaikum!

I am so excited to share my Korea trip to you guys actually tapi syaitan ni kuat sangat menghasut suruh jadi malas nak tulis blog :p . 

Januari yang lepas aku, Sam, Ati ke Korea sempena cuti Summer break kami yang panjang giler. Aina tak join sebab she cannot leave her family hahah plus masa tu dia macam ada rancangan lain dengan family dia. InshaAllah kalau ada peluang lagi next trip, kita boleh pergi sama-sama!

Kami ke sana pada 9 Januari 2017-13 Januari 2017 yang sebenarnya sangat sekejap :( tak puas dan seriously nak pergi lagi inshaAllah! **honeymoon maybe ;)

Tapi before share trip pergi Korea, aku nak share persediaan nak ke sana dulu. 

P/s: $ stand for AUD sebab aku banyak pakai duit dalam AUD berbanding MYR. 1AUD = 3.30~3.35MYR 

1) BELI TIKET FLIGHT (~$235 = RM800)

yang ni memang kalau nak pergi travel mana-mana pun tempat yang agak jauh, WAJIB beli tiket   awal. macam kami, beli tiket memang agak awal. kami ke Korea bulan 1,2017, beli tiket   pertengahan tahun 2016 dan masa tu air asia tengah buat promotion. Please sentiasa survey harga tiket flight sebab masa kiteorang nak beli tu, memang hari-hari survey. Jadi, bila kita survey hari-hari harga tiket, kita boleh nampak trend harga tiket tu. Tapi aku rasa kalau korang betul-betul pandai cari boleh je dapat yang lagi murah. 

2) PAKAIAN & KELENGKAPAN LAIN

okay, memandangkan kiteorang pergi musim sejuk, memang kena betul-betul bersedia dari segi pakaian, Sebab kalau sejuk sangat, confirm tak tahan lepastu badan lemau nak jalan, cepat penat dan end up korang tak pergi jalan pun nanti. Masa tu memang dah survey awal-awal suhu kat sana which is between negative 5 kot ke belas-belas. tak ingat sangat lah tapi antara tu lah rasanya. tapi memang sejuk tahap bukak mulut keluar asap weyh berkepuk-kepuk asap. pembakaran berlaku di mulutku. 

a) Thermal wear.

untuk thermal wear, kiteorang beli dekat Kathmandu masa tu tengah buat promotion ($30-$70 untuk dua helai). You guys boleh beli dekat Uniqlo juga tapi based on my experience pakai uniqlo punya thermal wear vs Kathmandu, Kathmandu is much much better. Im not sure berapa harga thermal wear dekat uniqlo malaysia sorry. Tapi make sure korang tanya staff which thermal wear is the most suitable for you. Explain yang korang nak pergi negara bersalji ke or whatever supaya they can help you to make decision. Dan thermal wear ni memang kene beli yang ketat-ketat supaya bila korang pakai, haba daripada badan korang tak cepat keluar daripada pakaian. oh ho beli jugak long johns okay. (macam thigh yang bawak pergi bersukan tapi yang ni memang jenis thermal wear). 

Thermal wear ku sudah lusuh

p/s: mungkin kalau pakai thermal wear uniqlo you guys kena pakai 2 layer.


b) Inner

bawak juga inner dan thigh biasa tu sebab memang kene pakai berlayer ye kalau mahu ke tempat sejuk weheee. biasanya pakai inner after pakai thermal wear and long johns. oh kalau macam nak lagi best, bawa lah bersama inner neck supaya kalau tak pakai muffler pun tak mengapa. 

c) Knitted wear

Yang ni serious membantu. please bawak! aku pakai knitted wear ni after pakai tshirt. 
cc: google image
d) Bubble jacket

okay yang ni memang is a must (for me sebab tak suka sejuk sangat. stressful kot)! Aku beli dekat H&M dengan harga $30 = ~RM100 tu pun beli yang budak-budak punya je hahah. 

this is my bubble jacket

e) Glove


Aku pakai glove yang knitted juga from Kathmandu. yang warna biru yang mcam gambar kat atas tu. sebab pernah juga pakai glove daripada daiso tapi tak tahan weyh. macam tiada function. sama je macam tak pakai glove :(. Mungkin korang boleh beli glove dekat uniqlo juga kalau ada hihi.

f) Stoking

Okay stoking ni aku beli dekat daiso je. beli yang berbulu-bulu tu. lepastu pakai juga stoking biasa yang macam pakai dengan kasut sukan tu. 

g) Kasut

Untuk pergi tempat yang sejuk begini, disarankan untuk pakai kasut yang macam boot tu. Aku pakai kasut beli yang biasa-biasa je ($10 = RM32) sebab dia tengah buat diskaun giler kentang. Tapi kasut tu muat-muat jadinya by the end of the day tu kaki memang sakit giler nak mati rasa macam nak putus jari kaki memburuk erghh =,='. Kenapa jadi begitu? Sebab kan pakai stoking banyak lapis, jadinya bila pakai kasut tu, kaki jadi macam sarung nangka dalam kasut. hahah. plus kaki aku macam kaki itik sikit dia tak runcing. jadinya kalau macam korang nak selesa mungkin boleh beli kasut yang lebih mahal dan beli yang agak-agak besar sikit tapi tak terlalu besar dan tak terlalu muat-muat. 

Layering baju
1. Thermal wear
2. Inner biasa
3. Tshirt
4. Knitted wear
5. Bubble jacket. 

Layering seluar
1. Long johns
2. Thigh biasa
3. Jeans

P/S: Aku memang jenis yang tak boleh kalau tak selesa jalan. Bagi aku, biar pakai banyak, asalkan bila jalan tak sejuk dan selesa untuk berjalan. Sebab tak membebankan pun pakai banyak-banyak. Dengan tips ini, maka memang tak sejuk langsung kat sana kecuali tangan je lah sebab nak bergambar kena lah keluarkan tangan daripada glove kan? 

Tapi ada je orang yang jenis tak suka pakai banyak-banyak sebab dia rasa rimas. Terpulang pada diri masing-masing ;)

3) HAND and BODY WARMER
yang ni please beli dekat daiso kat Korea sebab hari tu kami bawa yang daripada Malaysia tak function langsung hahah. Dia macam tak panas langsung. 

cc: google image

4) MAKANAN

yang ni memang kena bawa daripada Malaysia. Bawa lah biskut, roti, maggie, jam roti, coffee/hot choc yang dalam cawan macam dekat 7E tu. Sebab musim sejuk memang cepat lapar. Balik bilik rehat-rehat cari makanan weyh. 


Kita breakfast bubur segera je :p


5) UBAT

bawa lah panadol dan minyak panas. Balik bilik lenguh-lenguh kaki boleh lah sapu minyak panas. Macam aku memang jenis yang sakit belakang, so kena bawa panadol extend. Tapi sebab kat sana kan sejuk, takut badan kita tak boleh nak get along dengan suhu, tetiba je rasa macam nak demam dan sakit kepala. 

6) LOTION dan PELEMBAP MUKA

Aku dulu bawa yang NIVEA yang ada beli 1 set dekat Watson (dalam RM30 lebih). Kulit aku sangat sensitif. Bila musim sejuk tu gatal-gatal teruk sampai luka. Hari tu pergi Korea try bawa yang NIVEA ni. Alhamdulillah dia sangat menjadi. Langsung tak kering kulit, tak gatal-gatal. Pelembap muka pula aku pakai Hada Labo (Beli pack percubaan RM32). Memang betul-betul lembap lah muka. Takda kering-kering yang sampai merekah tu, Alhamdulillah juga.

Lip balm pun pakai yang Nivea punya

7) CHARGER

Korea pakai charger kepala bulat dua tu. tapi bulat dia besauuu tau. Lebih kurang besar lubang hidung ye kikiki. Aku hari tu bawa kepala bulat juga, tapi bawa yang kecil. memang tak muat lah nak masuk kat plug tu. hampeh betul. Nasib baik ada power bank yang sangat perform. Pergi seminggu sehari 2 kali charge fon, power bank hebat aku masih mampu bertahan. Jadi, bawa lah power bank yang mampu menampung keperluan korang di sana.

cc: google image

Yang selebihnya kelengkapan lain lah yang biasa bawa kalau nak pergi travel. Tuala, telekung, powerbank, travel pillow, toiletries dan yang korang rasa korang wajib bawa. Tapi, jangan lupa bawa shades dan mungkin penutup mulut sebab kadang-kadang bila angin segala bayu dia datang, sejuk tahap mata nak terkeluar, gigi nak mereput kot. hahah **over . 

Botol air untuk ke tandas juga perlu ataupun mungkin lap pakai tisu je sudah menjadi kebiasaan kalian? ;p . kalau dah biasa tak payah bawa pun tidak mengapa dong. Tapi tandas dia memang tiada air yang mengalir kecuali sinki dan ada certain tandas yang ada kepala paip je. Pergi lah cari mana-mana batang paip untuk korang melepaskan hajat, tu pun kalau ada. so aku sarankan, bawa lah botol hikmat azimat berduri ini sebagai penyelamat. :)

aku beli dekat daiso

8) WANG

sama macam nak beli tiket, kena selalu survey trend matawang MYR dan WON. bila MYR tengah naik cepat-cepat lah tukar. Kalau macam aku, total bajet ke Korea termasuk tiket flight, dalam RM2500 termasuk makan, beli souvenir dan entrance fee masuk tempat-tempat yang kena bayar lah. Tapi kena tengok juga korang nak pergi mana. Macam aku, RM2500 ni cukup untuk pergi tempat yang aku dah rancang nak pergi. Dan balik tu still ada lagi baki :)

9) ITINERARY

ha! sebelum pergi Korea, jangan main suka hati je nak redah pergi negara orang tanpa persediaan. rancang nak pergi mana, tengok entrance fee tempat yang nak masuk tu, bajet siap-siap sehari nak makan berapa won dan berapa kali, tengok juga harga naik public transport. kene google lah. planning kena baik punya supaya bila sampai sana tiada masalah yang kritikal yang akan dihadapi. unless korang ada oppa ataupun unnie yang akan bantu korang di sana, its okay. Pilih juga penginapan yang korang rasa sesuai untuk korang bermalam di sana. macam aku, tempat bermalam kiteorang takde lah dekat sangat dengan myeondong semua tu. tapi dia dekat dengan public transport. jadi senang lah nak gerak pergi mana-mana.



Aku rasa setakat ni dulu lah persediaan yang aku buat untuk ke korea. InshaAllah ada masa lagi, aku akan share dengan lebih kencang tentang perjalanan aku ke sana bersama travel buddies aku. ececewah ada travel buddies kau. 

Bye!

p/s: doakan semoga proses pembelajaran Hana dipermudahkan Allah di sini!

xoxo










Share:

0 comments

thank you for reading! :D