Kisah Teladan Percintaan - Episod Satu
Dulu aku ada seorang awek. Dah 10 tahun kami kapel.
Pada suatu malam kami lepak di bar di satu bandar. Barnya mengalunkan lagu-lagu jazz kegemaranku. Sedap lagunya sampai ke gegendang telingaku. Ia membuatkan aku tenang. Pencahayaannya tidak terlalu terang dan tidak terlalu gelap. Baik untuk keadaan seperti kami. Aku memilih untuk duduk di hujung bar yang kosong itu, sesuai untuk aku bersembang dengan buah hatiku dengan lebih rapat.
Seorang pelayan datang ke arah kami mengambil pesanan. Awekku memesan lemonade cocktail; kegemarannya. Aku pula memesan coca-cola. Jarang sekali aku memesan coca-cola. Biasanya aku memesan teh tarik sahaja. Pelayan itu pun beredar dengan muka yang meyakinkan. Aku lega.
Sementara menunggu pesanan sampai, aku berborak dengannya tentang buku sosialis yang baru dibeli. Dia melayankan saja ceritaku. Dia sekadar tersenyum memandang tepat ke arah mataku yang hazel bak Daniel Craig ini. Aku biarkan saja dia memandang ke arah mataku.
Kami berbual panjang. Aku bercerita lagi yang aku bakal berpindah ke rumah baru minggu depan kerana aku mendapat tawaran kerja baru yang lebih lumayan. Dengan membuat muka comelnya, dia mempelawa dirinya untuk membantu aku mengemas barang-barangku. "Kalau U nak I tolong kemaskan, I boleh tolong". Aku gembira.
*****
"Knock Knock Knock". Makweku mengetuk pintu rumahku tetapi membuat bunyi ketukan pintu dengan mulutnya sendiri. Aku tertawa melihat gelagatnya itu. Aku mempelawanya untuk duduk dan minum dahulu. Tetapi dia menolaknya dengan mengatakan yang dia tak akan minum dulu selagi dia tak mengemas rumah. Aku gembira sekali lagi. Terserlah ciri-ciri seorang isteri yang mithali dalam dirinya.
"Wahhh!!! U ada buku Dragon Ball? I minat sangat buku ni tapi I tak dapat membelinya ketika waktu kecil dulu". Dia membelek buku Dragon Ball aku sebanyak 47 buah itu. Cukup semuanya dari episod satu hingga episod akhir. Aku membiarkan sahaja dia membaca buku ku itu.
"U, I nak pinjam buku ni boleh? I nak pinjam satu saja". Dia menanyakan aku sambil dia membelek buku itu. Aku lihat saja gelagatnya yang seakan kebudak-budakan itu.
Nak jadikan cerita, aku terlihat dia melipat di sudut kecil muka surat di dalam buku ku itu sebagai tanda untuk menyambung lagi bacaannya nanti.
Aku menjadi tak sedap hati lantas merenung matanya. Aku mencekak pinggangku.
"Ko apahal lipat buku aku tu? Aku kumpul duit tabung aku dari kecik lagi tahu! Kau bukak lipat tu balik, kau bukak!".
Selepas pada itu, kami berpisah dengan cara baik dan beradat.

0 comments
thank you for reading! :D