Monday Blues
Asal hari Isnin je semua pakat malas semua benda. Kalau yang bekerja, malas nak pergi kerja. Kalau yang bersekolahnya, pakat cakap kat mak yang dia demam. Tapi kalau yang suri rumah la yang paling seronok. Pagi-pagi lagi dah tengok TV.
Tapi amende Monday Blues ni? Hmm....Monday Blues ni macam simptom malas nak bekerja pada hari Isnin kerana pada hari sebelumnya adalah hari Sabtu dan hari sebelumnya lagi adalah hari Jumaat yang mana orang sudah mula berhibur pada malam Jumaat itu lagi bagi menghilangkan segala penat lelah bekerja selama 5 hari. Hari mereka berhoyeahhh hoyeahhh kata mereka.
Tapi hari Isnin adalah hari yang paling malang bagi sesiapa yang kelab bola kegemaran mereka mempunyai perlawanan pada malam tu tapi pasukannya kalah. Kalah tipis dah satu masalah. Kalau kalah teruk 'sayur-sayur', dah jadi lauk. Haa....lagi la!
Sebenarnya Monday Blues ni bukan la apa sangat. Boleh je nak bekerja dengan produktif. Cuma mindset saja. Masa aku zaman sekolah dulu, aku pun malas jugak nak pergi sekolah. Tapi bila aku ingat ada kawan di sekolah, aku jadi terus semangat. Bila ada kawan kat sekolah ada lah modal untuk aku berkongsi cerita. Cerita pasal Dragon Ball hari Sabtu dengan Ahad tu, Power Rangers, Shin Channya lagi, Doraemon lah apa lah. Padahal semua member tu semua duduk satu taman main sama-sama petang-petang. Bajet macam tak jumpa setahun ja. Tapiiii....Haaa...disebabkan sebab-sebab tadi tu lagi semangat la aku nak pergi sekolah! Haha! What a good old times.
Tapi masalahnya pagi tadi aku pun macam dah kena Monday Blues. Nasiblah Monday Blues aku tak kekal lama selepassss................Hahaha! Lepas aku habis kelas laaa....Apa la korang ni!
0 comments
thank you for reading! :D