Osyaaa!! Ohh Osyaaaa!!!!

Jam menunjukkan tepat pukul 2.00 petang. Aku cemas. Aku pecut jalan kaki dari toilet ke bilik sambil kepit bakul mandi lagi di ketiak. Nasib baik bilik aku dari toliet tak jauh sangat. Selang beberapa bilik saja. Dah la aku bangun lambat hari ini, dengan perut laparnya lagi memang pehh!! Gua cakap sama lu beb! Tambah dengan matahari petang tu boleh tahan dia punya hot. Menusuk sampai ke hati. Sebab tu aku mandi lama hari ni.

    Hajat aku nak pergi tengok wayang dengan Shuk petang tu tengok cerita Robocop pukul 2.30 petang. Cerita ni memang aku dah tunggu lama dari kecik lagi. Aku ajak la sama Yon dengan Osya sebab budak Shuk tu pemalu orangnya. Pijak bapak gajah pun tak mati gua cakap sama lu! Memang aku dah berjanji nak keluar naik bas sekali pukul 2.00 petang. Tak boleh lebih. Nanti tak semangat nak tengok wayang bila dah sekerat jalan. Mana boleh waktu yang berharga macam ni dibiarkan begitu saja. Kuantan tu kalau naik bas macam kau naik kereta nak ke Kolumpo aku cakap. Macam mana nak tengok wayang brader?

   "Assalamualaikum, Osyaaaa! Oooo Osyaaa!" Panggil aku lemah lembut macam nak bertukar juadah Ramadhan.

       Tak berjawab. Pintu berkunci. Tapi ada bunyi cerita Korea, Boys Over Flower. Selipar pun ada. 

        "Osyaaa! Oooooooooooooo, Osya!" Panggil aku lagi.

        Masih tak berjawab. Hati aku mula rasa terbakar, tapi bunyi cerita Korea ada. Mati la aku nak jawab dengan Shuk tu lambat macam ni. Dia dah la kuat merajuk. Yon tu takpe. "Alahhh..Yon je pun."

       "Osyaaaaaa.....Ooooooooooooooooo Osyaaaa!!! Ko bukak la pintu niiii...! Jangan sampai aku karate kick pintu ni! Ko belum tengok aku jadi Hulk Hogan lagi niiii....!" Kali ni aku kasi garang sikit. Sambil tu aku dah mula ketuk pintu bilik berkali-kali.

      Cilakak. Diam. Tapi bunyi cerita Korea tu ada lagi. Siap bunyi macam-macam lagi yang aku tak paham aku dengar.

        Aku intai ikut bawah pintu bilik. Tak ada sesiapa. Janji apa Osya ni?

       Aku makin panas. Aku punya tak tahan, aku pergi mandi lagi sekali. Balik mandi aku ketuk pintu bertalu-talu sambil menjerit nama Osya. Pintu depan aku ketuk, pintu belakang pun aku ketuk. Mana tahu kot-kot dia ni tidur terkangkang dalam bilik tak sedarkan diri. Dia ni bukan boleh percaya. Siang tidur macam apa, malam jaga. Pastu macam cakap sorang-sorang. Aku seram betul dengan minah ni.

       Haram tak bersahut. Api kemarahan aku jadi makin membara. Dah la cuaca panas terik. Ni dah dua kali aku mandi. Jangan kau buat aku mandi untuk kali ketiga. Dah macam bilasan terakhir mandi mayat dah ni. Tekak pula memang kering tahap mengidam cendol Mustafa. Badan aku baru mandi tadi dah mula lari tune. Osya buat hal lagi. Aku dah mula mencarut bertubi-tubi dalam hati ni. Habis semua kata carutan aku dah pakai. Mata sampai dah leper sebab berkerut sangat dahi.

      Aku pergi ke hadapan pintu bilik semula. Ada satu bola bocor masa minggu aktiviti hari tu di sebelah toilet. Aku rembat ke dinding sekuat hati. Marah betul. Ini kalau Shuk tahu ni memang tak keluar dah dengan aku.

      "Woi! Osya! Osya!" Panggilan aku dah jadi macam panggilan nak ajak bergaduh. Ini kalau Osya keluar bilik ni memang dapat selipar kat atas muka. Tapi masih sunyi tak berbalas.

      Kali ni memang panggilan terakhir. Kalau tak keluar juga memang aku pinjam baju budak bilik sebelah pergi tengok wayang. Duit woi, duit! Aku tarik nafas dalam-dalam sebab nak kasi jerit paling padu.

       Baru nak jerit, Osya tiba-tiba terpancul di muka pintu.

       "Rileks laaa. Aku sembahyang tadi. Kata nak tengok wayang kan tadi? Jom?" Kata Osya dengan wajah tenang dan berseri-seri.

       Apa cerita aku dah jadi senyum manis bukan main?

Share:

0 comments

thank you for reading! :D