Selfie #2
3 minggu lepas
aku terlibat dalam satu agenda untuk merosakkan bahasa ibunda tanah air aku
sendiri iaitu MUET Speaking test. Watehelmen. Tapi sebagai seorang yang
berwibawa dan berwawasan, aku memang dah lama bergiat aktif dalam berbahasa Inggeris
seperti bercakap “Hey, what a good day
Mike?” Padahal nama dia Pak Mat, dengan selamber aku panggil dia Mike. Nampak tak
betapa aku begitu rapat dengan masyarakat sekeliling aku. Kadang-kadang juga
aku secara tak sengaja telah mengasah bakat aku dalam berbahasa Inggeris ni
dengan kata carutan semua dalam bahasa Inggeris. Masa itu aku memang kehebatan
mengeluarkan slang London terserlah.
Tapi benda tu semua dah lama aku tinggalkan.
Memang dah lama benar. Itu pun dulu tak sengaja. Sekarang aku hanya beristighfar
setiap kali aku terkejut.
Esok tu aku sama
Wani dengan Yon keluar tengok wayang. Ikutkan hati aku nak tengok Maleficent.
Tapi budak tu perghhh…kata dia nak tengok CEO. Cerita mende brader? Macam budak
dia mintak nak tengok CEO. Sampai tempat nak beli tiket dia cakap nak CEO 3 seat. Dah lepas aku bayar (perghhh…aku
bayar beb!) baru aku perasan CEO ni cerita Melayu. Aku memang pantang benar nak
tengok cerita Melayu ni. Semua macam sampah. Tapi dia cakap kat kitorang, “Hangpa
tengok dulu… Best ni cerita ni. Ni bukan typical cerita Melayu ni.” At last,
nasib cerita tu best. Well, that story impressed me. Kalau tak makan kaki Yon
dengan aku ni. Aku dulu tali pinggang PINK dalam taekwondo tahu? Atas sepuluh
kali ganda dari tali pinggang hitam. Lu orang mana tahu!
Dah lepas keluar
wayang, macam biasa amalan wajib yang harus dilakukan oleh umat manusia kini;
selfie! Aku ajak sama Yon selfie sekali dengan kitorang. Dia ni bukan mahu nak
selfie. Sekali dia masuk selfie ok lagi muka dia aku cakap. Dah masuk kali
kedua, ketiga, keempat, kelima dan buat untuk kali ke berapa, muka dia dah
macam mintak kaki. Time makan tu kitorang ada selfie lagi sekali. Pastu Yon
tetiba berkata,
“Awat hangpa
suka selfie ha?”
“Suka hati la,”
jawab aku.
“Zaman aku dulu
di mana zaman orang masih lagi pakai Kodak (filem), takdak orang nak
selfie-selfie ni. Sayang bebeno Kodaknye. Dah la segulung mahal. Dekat doploh
lebih jugak. Nak tangkap gambar mesti kompom itu gambar terbaik untuk nak ambik
bawak balik kampung. Tambah-tambah lagi kalau pegi Kolumpo.”
Aku tengok Wani.
Wani Tengok aku balik.
Pow!!
Terbaring
menggelupur Yon atas lantai tu aku jet perut dia. Berbuih mulut macam orang kena
sawan aku kerjakan.
Aku blah dari
kedai tu dengan penuh bergaya macam John Rambo. Pantang orang mengata pasal
kewibawaan aku berselfie ni.
*****
*****
10 saat kemudian
aku masuk balik.
“Eh, jap. Wani
sini jap! Kite lupa la nak selfie tadi dengan yon ni haa atas lantai. Iolls nak
upload kat insta. Sian dia.”
0 comments
thank you for reading! :D