Klasik Iftar '07

Bergegas aku bersiap bila terdengar suara warden menjerit suruh keluar dari asrama. Waktu bangun tidur aku tersasar lagi. Malam tadinya hujan lebat, memang sedap tidur. Pasang kipas nombor 5, selimut kelubung satu badan. Pehhh... Memang terbaik! Tak sahur pun tak kisah dah kalau cuaca dah macam ni.

Warden kasi bilang sampai sepuluh sebelum dia hayun rotan dia dekat sapa2 ja yang lambat. Aku berlari ke bilik air untuk mandi. Masa ni lah skill mandi yang paling bergaya keluar. Mandi sekali dengan gosok gigi, shampoo, sabun, cuci muka semua aku buat sekali. Ini yang orang panggil multi-tasking! Cukup 5 saat semua siap. Lagi 4 saat aku sapu deodorant, pakai baju seluar, tie dengan semua benda yang aku tak tahu kenapa banyak sangat kena pakai nak pergi sekolah. Ini nak pergi menuntut ilmu ke nak bergaya?

"SATUUU!"

Tepat kiraan satu aku dah terpacak depan asrama. Kucar-kacir jugak aku dibuatnya.


"Haa...Abu! Bak sini tangan! Ni dah lambat dah ni.", cikgu Awie meminta tangan aku untuk dirotan.


Dengan spontan tiba-tiba aku balas balik dekat cikgu, "Mana ada lambat cikgu. Tepat pada masanya saya terpacak depan asrama ni nak pergi kelas. Be on time, don't be early."

Terlopong dia tengok aku bagi quote of the day dekat dia. Terus dia keluarkan buku lima-lima dia dan catat kata-kata hikmat aku tadi tu. Tak jadi terus dia nak rotan aku. 

Dalam perjalanan aku ke kelas aku ada nampak satu memo dari sekolah yang membuatkan mata aku bersinar.

 'Majlis Berbuka Puasa Perdana bersama Ayahanda Tercinta'

Tarikh: 24 September 2007

Masa: Waktu berbuka puasa

Tempat: Dewan Selera

Apa yang aku tahu daripada cerita-cerita senior, waktu berbuka puasa perdana adalah acara yang paling grand dalam bulan puasa sebab masa ni lah makanan yang tak pernah wujud dekat dewan selera selama kau belajar di sekolah tu akan tiba-tiba wujud dengan sendirinya seperti ayam percik, satay, nasi beriyani, rendang, ketupat pun ada jugak aku dengar. Terlopong mulut aku dengar masa tu. Nasib iman yang telah ditanamkan oleh ibu dan ayah sejak dari kecil lagi mampu menahan semua godaan syaitan ni.

Aku malas nak cerita panjang bab perjalanan seharian aku dekat kelas hari tu. Apa yang aku nampak cuma bayangan makanan yang sedap-sedap yang aku akan dapat masa berbuka kejap lagi. 

Masa dekat dewan selera tu apa yang aku nampak terhidang di atas meja memang sebijik macam yang senior ceritakan. Nasi beriyani, ayam percik, rendang pun ada, lemang lagi sama ketupat pun juga dan paling aku tunggu feveret aku sekali iaitu satay! 

Terpancar kepuasan si sengih aku. Sorang-sorang dalam homeroom aku mitak satay kat diorang. Jadi dekat sini aku ada 12 satay extra dari orang lain. Tapi aku masih lagi tak puas hati sebab ada sorang minah India ni tak nak bayar ufti dia dekat aku.

"Haiii, Letchumi! Awak tahu tak ada sebanyak 2400 kalori dalam setiap batang satay yang awak ambil dan ia memerlukan masa selama 5 hari untuk menghabiskan semua kalori tu. Jadi kalau dalam 6 batang satay yang awak akan makan ni...Haaa..Engkau kira la sendiri! Habis la Ramasamy lari dekat Aminah." 


"Alahhh...Taktik lain pleaseee... Taktik ni dah lapuk la. Lagipun ini first time aku nak makan satay ni. Kau jangan ambik!", balas Letchumi.

"Takde la, aku saja ja bercerita dekat kau pasal makanan tu. Takpe la, ini first time kau makan satay kan? Happy sataying!",aku balas selamba.


Allahu akbar Allahu akbar!

Aku makan mengikut sunnah dengan bermula dengan memakan sedikit kurma dan minum air kosong dahulu. Sambil-sambil tu mata aku perhati je si Letchumi ni bila la dia nak ambil satay dia tu. Bingo! Dia ambik satay dulu!



"Letchumi kejap! Apa kau makan tu?"

"Satay lah. Dah kau jangan nak mintak kat aku."

"Yela satay itu aku tahu. Satay apa kau makan tu?"

"Hishhh kau ni! Pergi makan satay kau punya tu!", marah dia kat aku.

"Tak. Aku baru nak cakap tadi yang kau makan tu satay daging. Daging lembu."


Pucat muka dia bila dengar aku cakap tadi tu.


"Ayokkkk! Habis la kau! Kau dah murtad agama kau ohhh! Ayokkk!! Habis la kau nantiii..."


Waktu tu satu homeroom tengok dia. Mata tajam renung mata dia. 


"Ayoyoooo! Amma!! Appa!! Apa aku dah buat ni??!!"


Habis dia pergi ke sinki basuh mulut cuci semua. Terus sambil masa dia nak ke sinki tu dia dok berdoa apa entah. Doa mintak diampunkan kot. Padan muka kau Letchumi! itu satay ayam je tadi. Saja aku nak takutkan dia. Ambik kau Letchumi kedekut sangat! Dia ingat aku tak pandai? Kehkehkeh!

Satay dia tadi aku bahagikan sama rata kepada semua ahli homeroom aku atas jasa baik semua yang berlakon dengan jayanya tadi. Memang diorang ahli homeroom terbaik!



"Sudah-sudahlah tu jadi budak nakal. Baik kau pergi baca buku tu jadi orang berguna..."

-Bapak aku, 2009-


Share:

0 comments

thank you for reading! :D