World Cup

Ada seorang minah ni aku tahu yang dia tak pernah tahu pun pasal bola. Tapi baru-baru ni entah kenapa aku nampak dia beli baju Barcelona. Jadi aku syak dia dah mula get into bola ni. Sempena World Cup tahun ni macam biasa aku akan tanyakan kepada semua orang pasal negara mana yang mereka sokong.

Jadi aku pun tanyalah dia, "Kau sokong mana tahun ni World Cup?"

Dengan senyuman yang menguntum, bersemangat dia menjawab,

"Aku sokong Neymar laaa..."

"Kenapa pulak?"

"...sebab dia hensem! Eh, Barca main tak semalam?"

"Barca main apanya? Ini World Cup lah! Main antara negara, bukan kelab."

"Ahhh, tak kira! Yang penting Neymar aku yang hensem tu main."


*****

Maka aku cepat-cepat balik bilik buang baju Barca aku.


Share:

0 comments

thank you for reading! :D