Teringat

Pernah tak anda terfikir siapakah kita di sisi Tuhan kita? Kadang-kadang aku terfikir siapa aku di sisi Allah sebenarnya. Adakah Dia melihat aku? Adakah aku melihat Dia? Kerana kita tak pernah nampak kewujudanNya pada zat-Nya tetapi ianya zahir.

Ada orang berkata kepadaku yang Allah tak pernah terlepas pandang kepada kita tetapi hanya kita yang sering lupakan dia. Pernah juga aku terdengar satu hadis qudsi yang berbunyi, 'Jika hamba-Ku datang kepada Ku sejengkal maka Aku akan datang kepadanya sedepa, jika dia datang sedepa Aku akan datang kepadanya sehasta, jika dia datang berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari."

Tapi kadang-kadang aku rasa aku terlalu sibuk mengejar dunia sampai terlupa tentang tujuan sebenar kita hadir di dunia ini iaitu akhirat. Bukankah dunia itu seharusnya kita letak di tangan jangan di hati kerana kalau kita tak dapat dunia itu kita boleh lepaskan dia tak macam dalam hati.

Kadang-kadang bila ada orang minta nasihat dari aku, aku cakap itu dan ini. Tapi aku terfikir juga betulkah apa yang aku buat ni? Di mulut nasihat itu keluar lancar sekali sedangkan aku tak berada pun dalam situasinya dan bagaimana aku nak baginnasihat sebenarnya. Malah ada sebahagian daripada apa yang aku nasihat tu ada yang aku lalai dan aku tak buat pun. Tetapi melihatkan kembali akan orang tu melakukan apa yang aku nasihatkan berhasil, rasa diri ni kerdil kerana dia mampu menghadapi masalah itu dengan sabar dan aku tak tahu adakah aku akan sabar sebegitu kalau aku menghadapi situasi sepertinya. Aku rasa aku pun tak mampu. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa aku ini.

Haishhh...lapar la pulak. Perut lapar-lapar macam ni baru laa nak teringat kat Tuhan.

Share:

0 comments

thank you for reading! :D