Kereta Hilang

Jarum panjang dah tunjuk tepat pukul 6, jarum pendek betul-betul lebih sikit dari jam 4. Lagi 30 minit untuk habis waktu ofis. Hati aku dah mula gelisah, dah tak dapat duduk diam. Malam ni aku ada game besar. Liverpool lawan Menyu. Mana boleh tinggal game besar macam ni. Kalau Perlis lawan Pulau Pinang ye la jugak. Pernah sekali aku tertengok game tu, perghh dia punya game! Mengalir air mata aku dibuatnya! 

Jari aku dah mula tak boleh nak berhenti menulis. Aku sedang berkira-kira apa betul ke aku buat ni. Aku tulis atas kertas, aku padam balik. Aku terfikir betul ke aku buat ni? Semalam Borhan ajak aku bet kalau Menyu menang aku kena bayar RM500 kat dia. Pi dah aku cakap. Habis la duit aku nanti. Atas kertas aku mencongak-congak mencari idea macam mana nak dapat duit sebanyak tu. Gila!

Kerani aku tanya dari kubikel sebelah, "Farid, kau OT tak hari ni? Aku nak tulis ni."


"Tak.", aku jawab simple.

"Lahh...Bukan selalu kau OT ke?", dia sedikit runsing.

"Hari ni aku ada hal lah Mas, aku busy."

"Busy, busy. Kau tu tak habis-habis busy. Aku ajak makan pun kau tak mahu." Mas dah mula nak bajet manja dengan aku. Ni yang aku geli geleman sikit ni. Habis segala bulu dah meremang.

"Kau tu yang busy body, Mas. Hahahaha!", aku kasi pangkah sikit dia.

"Haa, kalau macam tu kau tulis sendiri OT kau nanti. Aku malas tulis!", bilang Mas dengan gaya bajet merajuk.

"Alaaa jangan la gitu oh... Aku bagi tau En. Fariq ni kau malas buat kerja! Hahaha!", aku kasi gertak sikit. Takut dia. Mas lepas tu sengih-sengih macam kerang busuk minta aku jangan bagitahu bos pasal dia malas tulis OT.

Tepat pukul 5 aku punch kad aku dengan bergayanya. Rasa sikit nikmat macam mana pukul 5 ni. Bukan senang aku nak hirup udara pukul 5 ni. Aku mesti cepat gertak hatiku. Aku mesti mencari jalan penyelesaian macam mana nak dapat duit sebanyak tu. 

Sambil aku pulang berjalan ke rumah seperti biasa, Uncle Arumugam mengangkat mesra tangannya sambil berjogging menyapa aku, "Banyak awal ha U balik?". "Hujung minggu la uncle.", aku jawab ringkas. Sampai ja di lorong rumah, Ah Soh jiran sambil menyiram pokok cabai menanya aku, "Balik kilija ha Falid?"

"Tak la Ah Soh. Baru mau pegi kerja."

"Haiyooo! Mau pegi kilija ini jam ah?" 

"Haiyaaa...U tanya lagi maa. Mestilah balik kerja, takkan mau pegi kerja ini jam."

"Ha ha h..... Uhukk uhukk!", gelak dia bercampur batuk di tengah-tengah menandakan usianya dah semakin senja. "Haa...betul-betul. Bijak U ah? Tapi apa pasal hali ni U balik manyak awal?"

"Why we work all day maa? U pun tau maa...itu Feng Shui." Dia pun "Haa la Haa la." Padahal aku main tibai ja apa yang aku cakapkan tadi tu.

Selang sebuah rumah, anak Pak Cik Yus tegur aku pula. "Hai abang Farid. Jom main bola?", tanya dia bersemangat.

"Engko berlatih dulu kasi power. Dah cukup powerrr nanti panggil balik abang eh? Kehkehkeh.", aku jawab selamba taknak bagi dia kecik hati dan nak bagi dia jadi seorang yang power macam aku juga nanti sebenarnya. Aku gelak kecil disitu.

Sampai ja depan pintu rumah aku dah rasa lain macam. Selalunya bila aku balik rumah semua orang dah ada. Tak pun aku akan nampak kasut housemate aku di depan rumah. Tangan aku berhenti sambil pengang mangga dan kunci. "Hmm...kasut takde, moto takde. Mana diorang ni pergi. Selalunya diorang ni dah macam pelesit balik kerja.", aku mula berfikir sesuatu yang kurang. Aku rasa sesuatu yang kurang dekat rumah aku. Aku duduk sekejap tengok sekeliling rumah aku mancari sesuatu yang kurang.

"DAMNNN!!! Mana kereta aku siot...Pi dahh...", aku duduk lagi termenung kejap. Aku cuba ingat balik apa yang aku buat hari ni.

"Laa...kereta kat ofis la! Bongok kau Farid! macam mana kau boleh lupa kau bawak kereta hari ni? Hari ni kan Jumaat. Mesti la bawak kereta pergi semayang Jumaat. Itu la selalunya jalan kaki pergi kerja.", aku dah mula mencarut-carut dan memaki diri sendiri dalam hati. Aku tunggu kejap. Fikir idea...

Aku buka beg kerja aku letak tepi pagar, terus aku pergi ke ofis balik sambil jalan kaki dengan laju. Sepanjang aku berjalan kaki ke ofis, semua orang tanya aku benda yang sama dari Ah Soh, Along anak Pakcik Yus sama Arumugam, "Eh, mau pergi mana kalut-kalut ni?!"

Aku dengan gaya seorang professional menjawab, "Ada on-call ni! Bos call ada problem dekat production line. Duty on-call." Diorang semua mengucapkan "Goodluck" kepada aku sebab kesian tengok aku kena masuk kerja balik. Lepas je diorang aku jalan slow balik sambil gelak-gelak sebab kebodohan diri sendiri tertinggal kereta dekat ofis.

Aku start kereta terus pekena cendol tiga mangkuk kat kedai Pak Mat!





Nota Kaki:

Lepas pekena cendol tu, aku pergi kedai buku cari Saidina. Esok tu Liverpool bangang kalah dengan Menyu. Jadi esok tu aku bagi kat dia advance lagi tu. Aku kasi dia 10 keping duit 500. Dia maki sama aku sebab aku tipu dia. Aku jawab kat dia, "Islam mana ajar main bet, Borhan. Keh keh keh!"



Share:

0 comments

thank you for reading! :D