Pengalaman Aku Memasak

Sepanjang aku berjauhan dengan keluarga, aku kena banyak belajar dan buat benda sendiri. Bila aku berjauhan beribu batu dengan keluarga, orang yang ada di sekeliling aku adalah keluarga aku. Housemate, jiran, rakan kerja; mereka adalah keluarga baru aku. Keluarga aku sepanjang aku berjauhan dengan keluarga aku yang sebenarnya.

Jadi, memasak adalah perkara rutin yang aku buat di sini sebagai alternatif untuk meneruskan kelangsungan hidup daripada terus bergantung kepada kedai mamak yang tak berapa bersih, warung tomyam yang tomyamnya rasa air, pasar malam yang menjual karipap inti angin dan makan makanan orang belanja dan juga daripada mengelakkan dari kehabisan wang demi meneruskan hidup di ibu kota yang mempunyai kos sara hidup  yang mencekik.

Satu benda yang aku belajar daripada memasak adalah perkataan 'ujikaji' yang mana kita tak boleh malas untuk memasak dan menggunakan alasan "tak pandai masak" untuk terus mengharapkan makanan dari kedai dan kawan masak sahaja. Tetapi yang harus ada dalam kepala adalah "To cook or not to cook". Aku sejujurnya memang tak pandai memasak sebelum ini dan mungkin juga sekarang pun. Tetapi keinginan untuk terus hidup dan memikirkan aku bukanlah dari anak orang senang membuatkan aku memasak setiap hari dan sekali sekala makan di kedai sebagai hadiah kepada diri sendiri. 

Mak aku bagi bermacam-macam rempah dalam beg. Ada rempah kari la, asam pedas la, cabai la, asam jawa dan segala mak nenek ada dalam beg tu. Jadi kalau tak guna buat apa? Jadi aku ambil keputusan untuk memasak. Pernah aku masak kari buat kali pertama tanpa mak aku kat sebelah. Selepas call mak aku tanya macam mana nak buat kari, aku dengan yakin buat kari macam dah pro. Tapi last-last masin macam apa! Tapi dengan perkataan 'ujikaji' tu tadi, untuk kali ke seterusnya kau akan tahu berapa sukatan garam yang nak diletakkan, santan dan sebagainya dan akhirnya ia akan menjadi sesuatu yang perfect.

Jadi semalam aku mesej mak aku. Aku rasa macam nak buat nasi lemak. 



Aku tanya, "Kalau nak buat nasi lemak garam nak bubuh banyak mana, mak?"

"Hang nak buat banyak mana? Kalau pot besaq hang bubuh la dua sudu. Takyah buh pun takpa.", dia balas mesej aku 10 minit kemudian.

"Sudu besaq or tea spoon?"

"Nak pakai senduk pun boleh.", pandai dia jawab sarkastik.

"Tapi nanti santan tak berketul ka? Ah, biarlah bujang je..."

"Kenapa pulak nak berketul? Bubuh santan tu jangan pekat sangat nanti nasiknya tak masak. Lagi satu kalau nak wangi bubuh kayu manis dan halia potong macam mak buat selalu.", dia dah mula bagi tips dia dah. Aku cuma ingat dalam kepala ja.

"Haa...betul tu. Tapi Aiman ingat nak bubuh bunga lawas dengan bawang baru sedap."

"Betul nak masuk bunga lawas?"

"Ha'ah mak. Masukkan bunga lawas la macam biasa mak buat tu.", aku meyakinkan dia lagi sekali kot kot dia ada terlupa resipi nasi lemak dia.

"Mana ada bunga lawas. Bunga lawang la. Lawas tu mak tahu kencing lawas dengan tak lawas ja. Hang belajaq mana ni?"

"Haa! Bunga tu la! Nak bagi kencing lawas. Bunga lawas! Kekeke."




Nota kaki:


Kepada calon-calon isteri, inilah contoh calon suami yang dikejar-kejar oleh mak mertua. Kekeke.

Share:

0 comments

thank you for reading! :D