Pena Istimewa
"Aiman. Apa benda kamu ni, nak buat kerja tapi pen tak bawak. Macam mana nak start projek kamu ni? Dah, pergi ambik cari pen dulu, dah jumpa pen baru datang sini balik." Kata Cikgu Halim sambil membaca komik Naruto.
"Okay!" Dalam penat-penat aku baru berlari datang ke kelas dari rumah, dah nak kena cari pen pulak." Entah macam mana aku boleh terlupa bawa pen. Selalunya ada ja dalam poket ni. Aku tengok sekeliling takde sapa di blok akademik. Awal pagi lagi time tu. Aku fikir balik rumah je la last option untuk aku dapatkan pen. "Ah, lantaklah! Balik je la rumah. Boleh aku layan FB kejap. Dia bukan tahu pun. Haha!"
Dalam dok terfikir nak balik rumah pun, sebenarnya aku rasa malas juga nak balik. Rumah bukan dekat. Jalan kaki mau 10 minit jugak sehala. Dah kalau pergi balik, mau dekat 20 minit. Aku fikir-fikir sama doa kat Tuhan kot-kot kalau aku terjumpa orang dalam perjalanan aku balik rumah, boleh aku pinjam pen orang tu dulu.
Aku berjalan laju. Dalam aku berjalan laju, aku ternampak ada seseorang sedang tengah duduk makan di pantry dekat sebuah lorong. Rupa dia macam aku kenal. Tapi aku toleh sekali lalu ja. Aku teruskan perjalanan aku balik ke rumah. Dalam pada itu dada aku berdebar. Aku tahu perasaan aku akan jadi begini bila aku melihat sesuatu itu saja. Perasaan berdebar, berombak, takut, segan semua datang secara tiba-tiba.
Aku dah tahu siapa yang aku ternampak tadi. Aku berhentikan langkah aku. Dalam kepala aku ada dua pilihan ja. Pertama, aku pergi jumpa orang tadi dan minta pen daripada dia dalam perasaan berdebar. Kedua, aku teruskan ja balik rumah dalam 10 minit untuk ambil sebatang pen.
Aku tahu pilihan kedua agak bangang bila mana aku kena jalan 10 minit untuk ambil sebatang pen. Gila apa aku nak jalan jauh semata-mata nak ambil sebatang pen. Jadi aku pilih untuk patah balik untuk minta pen dari orang tu.
"Err... Saleh..Saleha! Nak pi...pinjam sebatang pen boleh? A..aku nak pakai. Urgent." Gila apa tiba-tiba aku jadi gagap bila bercakap. Aku syak dia mesti dah rasa pelik kat aku kenapa aku gagap ni. "Kau nak apa tadi? Pen? Buat apa?" Saleha bertanya aku balik dengan selamba sambil makan nasi lemak. "Aku nak buat projek ni. Aku tertinggal pen kat rumah. Kau kasi je la pen apa pun. Aku pinjam kejap je." Jantung aku berdengup macam kereta kebal bila aku bercakap dengan dia. Pertama kali bercakap dengan dia.
"Kau cakap dulu 'Saleha pleasee Saleha yang cantik aku nak pinjam pennn?' ". Dia menyuruh aku buat begitu dulu sebelum aku pinjam pen daripada dia. Dia bercakap acuh tak acuh sambil mengunyah nasi lemak. Gila apa nak suruh aku merayu macam tu kat dia. "Perlu ke tu?" Aku membalas. "Perlu la! Kau harus merayu kepada aku kalau kau nak pen ni. Kalau tak kau tak dapat..Haaa..." Tak pernah dalam sejarah hidup seorang mat rokes bercakap begini dengan seorang perempuan. Aku fikir aku nak blah saja dari sini. Baik aku lupakan saja niat aku nak mintak pen dari dia.
"Takpelah. Aku pergi balik rumah aku ambil pen lah." Aku pikir satu idea untuk meloloskan diri dari dia. Fikiran aku dah bercelaru bila jumpa dengan dia. "Eh, Man! Kejap! Kau ambillah pen ni. Aku kasi kau." Dia menawarkan pennya kepada aku tanpa menghiraukan suruhan dia tadi. "Jap, aku nak cari jap pen nak kasi kat kau..... Nah! Ambik lah ni. Ambik je terus tak payah kasi balik."
"Whoaa! Pen Liverpool FC! Ish...takkan la kau nak bagi aku pen ni kot. Bukan senang nak jumpa ni." Aku dah mula rasa malu bila dia menghulurkan pen yang spesel bagi dia kepada aku. Orang kata kalau orang bagi sesuatu yang spesel tu maknanya dia minat kau. Dada aku dah mula berombak kembali. Aku rasa macam nak lari dari situ. "Alahh...kau ambik je lah. Itu kakak aku yang bagikan. Dia belajar kat sana. Banyak lagi kat bilik aku." Dia jawab selamba lagi. "By the way, kau minat Liverpool kan? Hari tu aku ada nampak kau pakai jersi Liverpool main futsal. So aku kasi la kat kau. aku tak kisah pun." Dia memberikan sekuntum senyuman yang aku tak dapat lupakan.
Aku rasa Saleha ni pun syok sama aku. Dia tahu aku minat kelab bola apa. Aku timbang-timbang, aku rasa dia mesti ada stalk aku punya time aku pergi kelas. Apa gila aku dok bayang orang mengintai diri aku ni. Setakat Letchumi tu ada la pernah bagi aku surat cinta dulu. Aku control sikit masa ni bagi tak nampak aku seronok sangat. Mana boleh mat rokes layan jiwang-jiwang ni. Entah siapa dia pun aku tak kenal dia sebelum ni boleh pula dia bagi aku pen paling dia sayang. Orang kata kalau seseorang tu bagi sesuatu dia sayang maknanya dia suka kat kau. Aku tersengih sedikit. "Thanks weyh!" Aku ambil pen dari dia dan terus blah dari situ sengih seorang diri. Semangat aku untuk membuat projek kembali membuak-buak macam aku dah jumpa penyelsaian masalah aku dalam projek tu.
Aku selak daun pintu bilik cikgu aku perlahan. "Amacam, dah dapat pen?" Cikgu Halim bertanya aku sinis. "Dah laa...apa barang takde pen!" Aku menjawab sedikit berlagak.
"Shall we start now?" Cikgu Halim bertanya kemas.
"Why not? Lets get started!"
"Klik.. klikk..." Aku menekan butang pen, aku menulis.
"Klik...klikk.." aku tekan kuat sikit bagi pen tu di atas kertas.
"Klikk...klikk..klikk..."
"Cilakak. Bagi aku pen habis dakwat minah ni."

0 comments
thank you for reading! :D