#BroTagihLike
Minggu lepas aku naik komuter nak ke Kolumpo. Aku duduk sebelah dua orang budak belasan yang pakai baju ala-ala hipster sedikit.
Aku duduk tak pedulikan gelagat mereka sambil membaca buku. Sampai satu masa aku ada dengar perbualan mereka ni yang buat aku rasa nak tergelak pun ada.
"Pehhh! Boleh tahan jugak gambar aku sekeping ni dapat sampai 35 likes! Pertama kali ni dapat lebih dari sepuloh likes."
Aku duduk kat sebelah tahan je gelak. Tak sampai hati nak ketawakan dia bila dia seronok tahap agong bila dapat 35 likes. Jadi kerana aku tak tahan lagi nak gelak, aku pun menyapa dia.
"Bro. Aku dengar ada apps boleh buat kau dapat sampai beribu likes. Kalau kau nak sampai 150 juta likes pun takdak hal lah! Setakat 35 likes je apa barang. Kau nak?"
"Mana, bang?", dari raut wajah dia aku dapat nampak air mata kesungguhan untuk bersedia mendapat berjuta likes untuk gambarnya.
"Jap. Jap eh aku nak call Mark Zukernberg nak suruh dia tambah likes kau tu!"
Kahkahkah! Mana ada benda boleh bagi kau senang nak dapat likes macam tu je hoi budak!
*****
p/s:
Haishhh....baru 3 likes je dapat gambar aku post ni? Kamon...dah seminggu dah aku post ni. Pssttt....Bro, lu ada apps Auto Likes tak, bro?

0 comments
thank you for reading! :D