Potong Line
Petang tadi aku ke Giant membeli sebuku roti untuk kelangsungan hidup. Aku beratur menunggu giliran tiba untuk membayar di kaunter. Tiba giliran aku nak bayar, ada seorang pakcik memotong aku dalam lingkungan umur 50-an begitu. Dengan selamba dia menghulurkan tangan menunjukkan rokok di belakang cashier.
Lepas dia dah bayar rokok, dia menyapa aku, "Sorry la! Beli apa, dik?
"Taklah. Tak beli apa pun. Saja datang sini nak tengok ragam manusia.", terus perkataan itu keluar dari mulut aku secara spontan.
Aku jawab begitu bukanlah dek kurang ajar dengan seorang orang tua. Perkataan tadi secara tak sengaja keluar dari mulut aku mungkin kerana memang itulah apa yang aku nampak. Tapi aku ingin memohon maaf jika pakcik terasa dengan ayat tu.
Tapi dari perhatian aku, jikalau seorang orang tua tidak tahu untuk menghormati orang lain yang penat beratur dengan hanya mahu membeli sekotak rokok walhal aku pun hanya membeli sebuku roti saja dan bukanlah ambil masa yang lama, janganlah orang tua marah mengatakan anak muda sekarang kurang ajar memotong mereka di jalan raya dan sebagainya.
Sesungguhnya teladan itu diajar dan diteladani melalui perbuatan seseorang. Masakan generasi mudanya rosak jikalau teladan yang baik tak ditunjukkan.
0 comments
thank you for reading! :D